Pages

Wednesday, April 25, 2012

Koleksi Syiling

 Pada bulan Januari yang lepas, Bank Negara Malaysia mengedarkan syiling yang baharu generasi ketiga di pasaran. Dan dengar khabarnya, syiling generasi ketiga akan ditarik balik dari pasaran secara beransur-ansur. Maka timbullah minat di hati untuk menyimpan syiling generasi pertama dan kedua Malaysia.
Buat permulaan, aku beli sampul syiling peringatan syiling generasi kedua dan ketiga. Rindu pulak nak pegang syiling RM1 kaler emas generasi kedua tu.

 Yang menariknya dibuat seperti album dan syilig dapat dilihat dari muka depan dan muka belakang.

 Spesifikasi syiling dan maksud ukiran di muka belakang syiling juga diberi. Bahan untuk syiling generasi kedua ni kebanyakannya menggunakan logam nikel berbanding syiling 10sen dan 5sen generasi ketiga sekarang cuma stainless steel.

Syiling generasi ketiga pun aku tak lupa nak beli dan simpan. Tapi tak bestnya, ada empat ketul je syiling; 50 sen, 20 sen (dua-dua kaler emas), dan syiling 10sen dan 5 sen, dua-dua menggunakan bahan stainless steel ja.. Ringan pulak tu..
Lepas ni aku cuma cari koleksi syiling dari tahun 1967 hingga 2012 dan disimpan di dalam coin album untuk rujukan anak cucu aku nanti. Insyaallah.. hehe!!

No comments:

Post a Comment