Pages

Monday, December 29, 2014

Perodua Myvi Facelift 2015

 Model yang bakal melingkupkan jualan Proton Iriz kini kembali dengan nafas baharu.. Perhatikan lampu dan bumper baharu yang pasti menghasilkan rasa geram kepada bakal pembeli. Model Facelift Perodua Myvi 2015


Bersedia bersaing dengan Perodua Axia merah dari segi jualannya dalam catatan jualan Perodua. Lampu belakag (lampu brek) jernih design lama.. tak banyak bezanya pun..

Dashboard sedikit diberi nafas segar. Saya pasti, produk ini juga bakal laris seperti goreng pisang. Ini kerana Perodua Myvi ini diberi jantung (enjin) 1.3 full spec yang pasti menjadi pilihan pertama bakal pembeli kerana menjimatkan minyak dan terbukti reliable sejak 10 tahun. Yang ini rasanya varian full spec/advance kerana ada touch screen infotainment di dashboard. Gear masih di dashboard dan saya pasti masih mengekalkan gear AT varian EZi. Disamping dua airbag! Bintang ASEAN NCAP adakah masih diberi penarafan 3 bintang untuk Myvi keluaran ini?

Berbanding Proton Iriz full spec (Premium) enjin vvt 1.6 yang pasti menyebabkan bakal pembeli berbelah bahagi kerana enjin yang 1.6 VVT Proton secara relatifnya penggunaan minyak (FC) lebih kuat berbanding enjin 1.3 DVVT Perodua. Kenapa saya tidak membuat penilaian degan Proton 1.3 Executive CVT? Ini kerana varian Perodua 1.3 Myvi ada yang memiliki full spec/advance (walaupun tak secanggih proton Iriz). Proton Iriz yang memiliki full spec hanyalah varian Proton Iriz 1.6 CVT Premium!

Jikalah Proton membuka varian Proton Iriz 1.3 Premium/full spec (harap-harap ada lah nanti), saya pasti, persaingan akan menjadi sangat sengit. Cuba kita perhatikan harga model Proton Iriz 1.3 Executive CVT RM51,888 dan 1.6 Executive CVT RM58,888 (harga di Sarawak). Perbezaan harga ialah RM7000!

Jika harga Proton Iriz 1.6 Premium CVT RM64,888. Harga untuk "Proton Iriz 1.3 Premium CVT" boleh menjadi RM57,888! Harga di Semenanjung dari RM 62,888 menjadi RM55,888! Sudah tentu menjadi rival/pesaing yang paling dekat untuk KIA Picanto dan Perodua Myvi! Proton kena fikir-fikirkan perkara ini jika ingin produk Proton Iriz ini berjaya secara domestik atau antarabangsa! Ini kerana features yang dimiliki oleh Proton Iriz Premium (sama ada 1.3 nanti atau sedia ada 1.6) sudah tentu tiada dalam Perodua Myvi full spec/advance or whatsoever! 

Proton! Ada Bran?

No comments:

Post a Comment