Pages

Monday, October 20, 2014

Kia Picanto

Kia Picanto merupakan kereta kompak segmen A dari pengeluar kereta Korea. Merupakan salah satu calon kereta yang menjadi pilihan aku. Namun masih membuat penilaian dari beberapa aspek.

Kita tengok dari segi luaran. Lampu projektor, lampu siang LED, lampu kabus (fog lamp), pemegang krom, 5 split rim, bumper depan gerigi (tiger roar), semua ini memang memenuhi kehendak yang aku nak. (Terutama lampu siang LED tu). Kereta moden kena ada lampu siang LED tu. Haha! Perodua Axia Advance takde! Kia Picanto menang!

Enjin dah cantik! Dijana 1.2 liter dengan penjimatan minyak sehingga 22km untuk satu liter! Kalah Perodua Axia! Kia Picanto menang lagi! Tak perlu kuasa enjin lebih dari 1.3 kerana nak ke tempat kerja sahaja pun. Bukan nak berlumba! Proton Iriz 1.6 Premium terus ditolak jika enjin diambil kira. Minta maaf Proton Iriz. Jika Proton Iriz 1.3 memiliki spec seperti Premium 1.6 sudah pasti Proton Iriz menjadi pilihan pertama! Come on Proton! Jangan paksa pengguna membeli enjin 1.6 untuk kereta kompak! Berilah pengguna pilihan sama ada 1.3 atau 1.6 dengan features yang sama dan bukan yang berbeza!


Dalaman pulak. Mari kita tengok. Kawalan audio dan pelbagai semua di stering! Eh.. ada Push Start Button! Keyless entry! Kia Picanto menang lagi! Bye bye Perodua Axia Advance! Semakin jauh pulak ketinggalan! Tapi yang ni hanya ada pada varian automatik sahaja! Tapi.. tapi.. audio MP3, CD player, radio, bluetooth sahaja???!!! What??!! Come on Kia.. Kereta moden kena ada DVD, GPS, Touch screen bagai! Kia Picanto kalah di sini! Huhu! Perodua Axia Advance menang pulak di sini!  Saingan kembali sengit!
Dari segi keselamatan pula kereta ini dilengkapi dengan 6 airbag! 5 bintang ANCAP! Perodua Axia kalah lagi!

Kemasan dalaman Kia Picanto pada aku kalah jika dibanding dengan Proton Iriz! Proton Iriz 1.6 Premium dashboardnya yang dibaluti kulit!

Jadi Kia Picanto hampir-hampir menjadi pilihan, namun akibat tiada kemudahan media touch screen lengkap DVD, GPS bagai, seperti kerugian besar untuk kereta dari Korea ini. Agak-agak boleh minta pengedar tukar aksesori tak? Jika boleh, jawapan aku, kereta ini yang aku cari-cari selama ini!

Minta maaf ye, blog jam ni dah jadi blog review kereta pulak! Untuk sementara je ni..


4 comments:

  1. btul, picanto x de gps/touchscreen. the only kekurangan dia berbanding iriz premium.
    kereta kia pulak, masalah enjin adalah common dan spare part mahal!! minyak lg kuat dr proton. tapi x pastilah enjin kappa ni (sama dgn i10 kalau x silap).
    skrg, harga iriz premium dah jatuh bawah 60k (slps diskaun, harga semenanjung). Dh lebih kurang harga picanto. So, aku dh book Iriz Premium berbanding cadangan asal Picanto Auto.

    ReplyDelete
  2. Tahniah tuan.. Dengarnya harga Iriz Premium dah byk diskaun.. Cadang tu memang berkenan dengan Iriz Premium.. Insyaa Allah, awal tahun depan booking.. Beli pada 2016, tapi kalau ada stok 2015, ambik 2015, dgn harapan dapat lebih banyak diskaun, ramai dah pakai Iriz ni..

    ReplyDelete
  3. so yang mana bagus ea ? iriz ke picanto ?

    ReplyDelete
  4. Pada saya sejujurnya Proton Iriz sebab dari segmen B yang lebih luas dari Picanto dari segmen A yang lebih kecil. Abaikan Enjin Campro VVT Proton dan Gearbox CVT..

    ReplyDelete