Pages

Thursday, August 9, 2012

Usain Bolt & Pandalela

 Gambar kemenangan Usain Bolt dalam acara 200 meter Olimpik London 2012

Usain Bolt berjaya mengekalkan pingat emas yang dimilikinya 4 tahun lalu di Olimpik Beijing 2008 dalam acara 200 meter dan 100 meter. Rekod ini memadamkan rekod hebat pelari pecut Amerika Syarikat Carl Lewis pada olimpik 1984 dan 1988 di mana beliau merangkul 3 emas dan 1 perak acara 100 meter dan 200 meter di dua temasya olimpik tersebut. Usain Bolt mencatat rekod tersendiri mencatat 4 emas acara pecut 100 meter dan 200 meter di dua acara olimpik.

 Gambar kemenangan 100 meter Usain Bolt catatan 9.63 saat, merupakan rekod baru olimpik.

Atlit dari Asia agak sukar untuk memecah masuk ke pusingan akhir acara 100 meter ini kerana faktor fizikal. Kelebihan memang kepada pelari Jamaica dan Amerika Syarikat yang mempunyai fizikal yang lebih tinggi dan otot yang kuat. Pelari terpantas asia dari Qatar Francis Samuel dengan catatan 9.99 yang dicatat pada tahun 1987! Belum dapat dipecahkan oleh pelari dari Asia yang lain sehingga ke hari ini. Rekod Kebangsaan pula terlalu jauh iaitu 10.30 catatan oleh Watson Nyambek pada tahun 1998.

Berita yang menggembirakan seluruh rakyat Malaysia ialah kejayaan Pandalela Rinong merangkul gangsa dalam acara terjun 10 meter platform individu di sukan Olimpik London. Merupakan wanita pertama Malaysia merangkul pingat di sukan Olimpik. Dan acara selain dari badminton pertama merangkul pingat sukan Olimpik.

Moga kejayaan ini memberikan inspirasi kepada atlit negara yang lain agar menjadikan Olimpik sebagai sasaran kemuncak dalam karier masing-masing, bukan hanya sekadar mewakili negara di sukan SEA sahaja. Dan jangan pula seperti Johari Pain yang merendah-rendahkan kemampuan atlit negara sendiri. Ya, Malaysia Boleh.


Sempena bulan kemerdekaan dengan slogan Janji Ditepati, kita mohon Johari Pain kotakan janji beliau.. Janji Dikerati!! Haha!!

No comments:

Post a Comment