Pages

Tuesday, January 17, 2012

PT91M "Pendekar"

Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buatan negara Poland PT-91M yang diberi nama Pendekar. Diubahsuai dari model asal PT-91 Twardy menjadikan Pendekar ini merupakan MBT terbaik bukan sahaja di rantau ini, malah antara terbaik dari segi keupayaannya di dunia. Ramai yang mengkritik kerana menggunakan chasis asalnya dari T-72 buatan Rusia yang sememangnya mempunyai rekod buruk dalam banyak siri peperangan dan yang ketara sekali semasa operasi desert storm 1990an dan pencerobohan Iraq 2003.



Gambar pinjam






Apa yang menarik mengenai model PT-91M Pendekar ini ialah, ketelitian dari segenap aspek dari Pendekar yang asal. Yang menariknya, model PT-91 Twardy tidak ada "bakul durian" di belakang dan mengubah tools box di belakang turet ke sebelah tepi untuk membolehkan "bakul durian" diletakkan di belakang. Usaha yang sangat memerlukan kesabaran dan kreativiti ayg tinggi. Arial radio turut diletakkan pada model ini. Kagum sungguh aku. Kalau jual ni rasanya cecah ribuan ringgit sebab jumlah jam memasang, modifikasi dan pencarian part-part yang tiada dan hasil kerja yang sangat halus yang sememangnya sangat sukar untuk disiapkan.




Terserlah "bakul durian" di belakang turet Pendekar ini. Bakul ini penting untuk membawa pelbagai bekalan sepanjang operasi.

Letusan dari main gun Pendekar sewaktu latihan tembakan. Kemampuan tembakan dikatakan sehingga 5km! Kaliber 125mm pendekar mampu melakukan tembakan sejauh itu.




Dari depan, nampak gagah dan perkasa, sesuai dengan namanya Pendekar! Perhatikan petak-petak kecil di permukaan depan Pendekar ini juga di depan badan turet. Untuk pertahanan dari peluru anti-tank musuh, petak-petak kecil itu berfungsi dengan menterbalikkan letupan peluru high explosive anti-tank (HEAT) di bahagian luar badan tank dan tidak menembusi tank. Petak-petak itu dipanggil ERA (Explosive Reactive Armour) tile. Walaupun begitu, dikatakan mana-mana MBT di dunia ini yang dipasang dengan alat ini, masih tidak dapat menahan serangan dari arah atas, belakang dan periuk api anti kereta kebal. Di luar kawalan la ni.. ERA sesuai untuk pertempuran secara berdepan sahaja.




Pendekar beratur di tepi jalan. Di belakang itu seperti tank Leopard milik Singapura.


Sangat megah dan gagah membuat barisan hormat.




MBT seberat 46 tan ini sesuai dengan bentuk muka bumi Malaysia yang berbukit bukau, hutan, ladang serta cuaca panas dan lembab. Kalau menggunakan tank yang lebih berat, rasanya kurang efisyen walaupun memiliki MBT USA Abrams M1A2 yang seberat 62 tan hingga tan itu.



Main Gun ditutup kain apabila tidak digunakan. Nanti masuk air. Bukan water resistant macam jam tangan ni. haha!!




Senjata utama yang mengerunkan.




Kita layan...




Alat pengesan pancaran laser pembidik (sistem amaran laser). Komander MBT dapat mengesan jika MBT mereka menjadi sasaran tembakan pihak musuh. Sangat jauh teknologi yang dimiliki Pendekar berbanding MBT milik Iraq yang tewas di operasi Desert Storm dan Pencerobohan Iraq 2003.





Layan lagi.. Granade luncher!!


Thread yang dipasang getah untuk mengelakkan kerosakan pada jalan tar. Bukan senang nak bukak dan pasang benda ni pada thread. Perlukan tenaga yang banyak.


Bukan kereta biasa je ada lampu, MBT ni pun ada lampu, tapi tak boleh digunakan sewaktu peperangan. Kena tutup lampu dan menggunakan gogel night vision (gogel pandang malam).


Bukan sebarang kunci. Guna rantai ni.


Senjata kedua, mesin gun anti pesawat. Tapi boleh juga untuk tembak askar yang lari bertempiaran jika tank mereka rosak.



Bahagian tepi pun dipasang dengan ERA untuk keselamatan krew tank.


Dibawa menggunakan treler. Manja betul Pendekar ni ye.. hahaha!!


Tangki minyak tambahan. Batang panjang tu dikatakan batang balak. Aku tak tau apa fungsi batang balak tu. Sapa yang tau boleh bagitau aku untuk perkongsian maklumat.


Letak kat kereta Viva aku rim ni baru cantik..


Beraksi di tanah yang becak dan berlumpur.


Berjaya membuat tembakan.


Letusan yang berjaya dihasilkan.


Cantik permandangan ni.


Mencuba senjata kedua mesin gun. Tembak, jangan tak tembak. Pastikan berfungsi betul-betul. Tak berfungsi, hantar balik Poland, mintak warranty. Haha!!


Aku teringin untuk memiliki model Pendekar ini dalam koleksi MBT saiz skala 1/72 dalam koleksi aku. Dapat yang PT-91 Twardy pun ok, nanti modyfied sikit kasi jadi Pendekar. Pasang "bakul durian" kat belakang Twardy tu. Haha!!


Aku suka tengok uniform krew tank ni. Simple je. Ye la, dok dalam tu panas beb. Kena guna baju yang sesuai, walaupun Pendekar ni ada air-cond. Yang menarinya, tank di Eropah biasanya takda air-cond. Cuaca di sana dah sejuk. Tak perlulah air-cond, lebih selesa dok panas dalam tu. Kat Malaysia kena pasang air-cond, kalau tak, telur ayam pun boleh masak kalau letak lama-lama dalam tank yang takda air-cond.


Teringin nak pandu uji kenderaan ni. Haha!! Bank bagi kita loan tak kalau nak beli sebijik ni? Nak mengendalikan MBT ini perlukan 3 orang krew. Driver, comander & gunner. Tidak ada Loader sebab sistem senjata utama automatik loader.



Muncung main gun kaliber 125mm.


Syabas ATM kerana memiliki Pendekar yang amat diperlukan bagi perlindungan tanah air Malaysia dari ancaman musuh. Walaupun hanya 48 buah sahaja, tapi cukup untuk melatih askar kita untuk mengendalikan kenderaan ini. Dah ramai yang dapat lesen, kita tambah lagi jadi 200 buah, tapi harapnya nanti kita memiliki kemampuan teknologi untuk memasang sendiri badan Pendekar ini. Harap kita pula eksport MBT ni. Wah! Tinggi betul angan-angan aku. Malaysia perlu melihat kepada industri pertahanan sebagai salah satu industri yang boleh merancakkan ekonomi negara. Nak harap Arab Saudi & Pakistan jadi kuasa kuat pertahanan negara Islam? Ntah bila la.. Harap kita enjoy dengan gambar pinjam ini.



9 comments:

  1. pnh baca artikel tentera singapore kutuk tank ni sbb tangki minyak mudah jadi sasaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapore tu askarnya ladyboy duk dlm hutan msia semasa latihan bersama menangis kna gigit nyamuk😆😆

      Delete
  2. Tangki minyak tambahan tu tak bagi kesan sangat pada tank kalau kena tembak. Sebab tak bersambung pada enjin kalau tak silap. Untuk digunakan untuk keluar asap jugak. Kalau kena serang hendap dari belakang, bawah & atas, memang mana2 tank kat dunia ni pun boleh rosak bro.. hehe!! Kalau perang berdepan Pendekar ni mampu tewaskan Leopard Singapore tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. aku sokong kenyataan ko bro

      Delete
    2. Seperti leopard turki jdi besi buruk je di syria kna ATGM

      Delete
  3. twardy scale model.susah dpt bro.saya tgh plan nak beli t72-m1 rc skala 1/24 jenama vsp.nanti boleh modified tambah era tiles n bakul durian tu,heee!kalau sempat esok g beli kat kelana jaya.nanti jenguk la kat blog saya ya?

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Batang balak itu jika tak silap saya ialah untuk pengalas 'track' kereta kebal Pendekar ini jika melalui keadaan jalan berselut/berlumpur yang terlampau teruk.Kereta kebal mana2 pun tidak 'immune' dari tersangkut di dalam salji dan lumpur yang terlalu dalam atau tebal.Idea guna batang balak ini unik, dalam pertempuran, masa itu menentukan menang atau kalah, hidup atau maut sesuatu pasukan tempur, apa lagi jika tersangkut dalam lumpur,aset penting armor ini mungkin sangat diperlukan menentukan 'outcome' sesuatu peperangan .Wasallam.

    ReplyDelete