Perjalanan dalam hujan sekejap lebat sekejap perlahan.. Cuti seminggu digunakan untuk menjalankan terapi minda dengan pergi ke Kuching, Sarawak. Selama di Kuching, aku sekeluarga mengambil peluang ini untuk singgah di Serikin Sarawak yang terletak di daerah Bau, Kuching Sarawak. Terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia. Terletak begitu hampir di garisan Khatulistiwa, mengikut cakap-cakap orang la.. Fakta sebenar, kita cari sendiri.. wakaka!! Tapi kena datang pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jauhnya dari Bandaraya Kuching lebih kurang 45 minit hingga 1 jam sahaja, bergantung kepada keadaan trafik.
Mengikut perkhabaran sebelum datang ke sini, jika cuaca baik, keadaan di Serikin ini agak panas kerana terletak berhampiran di garisan Khatulistiwa. Sampai Serikin, kena parking di kawasan padang yang dikhaskan untuk parkir kereta yang agak luas dan dikenakan bayaran RM2. Erk, yang sebenarnya macam parkir haram je.. wakaka!! Resit pun main print komputer sendiri je.. tak ada cop mahupun pengesahan dari pihak berkuasa tempatan. Apa-apa la, janji ada tempat parking dan selamat. Payah gak nak parking, banyak betul kenderaan kat situ.
Nasib baik hujan renyai-renyai je, kalau tak, merasa gak kepanasan khatulistiwa kat sini. Haha! Yang tak syoknya, tangan tak cukup nak bawa barang jika dah sebelah tangan pegang payung. Hmmm..
Macam-macam la barang yang dijual, kain batik, songket, kasut askar, cenderamata, aksesori wanita, alat muzik, barang lama, baju F1"replika", minyak wangi "replika", jam tangan "replika" pun ada.. Makanan jangan cakap, ntah macam-macam je.. Saja nak tengok barang pun boleh. Tawar menawar harga pun boleh, tapi setakat pengalaman kat sini, tak banyak manapun boleh tawar, RM5-RM15 je pun dari harga permulaan. Tapi yang bestnya, baju korporat F1 "replika" boleh dibeli dengan harga RM30 selepas diskaun. Pandai-pandai la nak kurangkan harga. Nak diskaun lebih-lebih pun kesian pulak tengok diorang.. haha!! Diorang pun nak untung jugak
Gerai cuma terletak di sebelah-sebelah jalan sahaja. Jangan risau berjalan-jalan kat sini, abang askar darat kita sentiasa meronda-ronda di sini. Terasa la selamat dari ancaman asing.. haha!!
Gerai cuma terletak di sebelah-sebelah jalan sahaja. Jangan risau berjalan-jalan kat sini, abang askar darat kita sentiasa meronda-ronda di sini. Terasa la selamat dari ancaman asing.. haha!!
Isteri aku boleh pergi tengok baju, kain, makanan, aksesori, tudung, telekung, comforter, busana muslimah, jamu, kristal dan macam-macam lagilah. Aku nak lepak kat gerai yang menjual barang-barang lama dan lusuh kat sini. haha!! Tengok barang-barang tembaga kat sini. Seterika Tembaga, Dulang, meriam kecil, tepak sirih, orghan...
Jam-jam lama pun ada, Seiko 5, Titus, Citizen, Orient, Pagol, Titoni dan pelbagai lagi diletakkan di atas tempat display macam ni je. Ada yang jalan ok, ada yang aku rasa dah jem semacam je, jarum tak gerak. Aku tak berani nak beli, lupa bawak caseback opener nak tengok enjin. Takut terbeli jam rojak, terbeli rojak buah boleh makan lagi. Tengok dan cuci mata je la. Harga agak murah, kalau beli jual kat blog ni boleh dapat untung ni. Tapi aku tak beli satu pun, saja cuci mata, pasal tak bawak caseback opener.. haha!! Nyesal tak bawak pun ada gak.
Ni macam alat untuk keluarkan bunyi arahan di medan peperangan je ni.. "Wei Polis, kami komunis, lebih baik menyerah.." sambil membunyikan alat seperti gambar di atas.. Eh.. betul ke alat tu.. hahaha!! Hantam je la...
Jam dinding pun banyak, pilih aje, ada duit, bayar, boleh bawak balik. Takda duit, sila letak balik.. Banyak gak barang-barang lusuh yang menarik kat sini bagi pengumpul tegar, gerai ni bagaikan kedai emas korang.. Pilih bang, jangan tak pilih..
Ada lagi koleksi jam dinding yang boleh dipilih. Mari-mari.. Nak yang ada dua lubang, tiga lubang, yang tak berlubang pun ada.. Err.. eh, ada ke..?
Meriam model pun ada. Tapi aku tak pasti boleh tambak ke tak ni. Kalau di Channel 555 History di Astro, Pawn Star, ada meriam sebegini yang dijual boleh menembak peluru yang sebenar. Dapat jual pada harga ratusan dollar pulak tu..
Dah penat, duit pun banyak lebur, balik la. Selamat tinggal Serikin, ada masa kitorang datang lagi buat peleburan wang kat sini. Kalau datang ke Kuching, rasa tak sah kalau tak pergi ke Serikin pada hari Sabtu & Ahad. Boleh buat peleburan wang di sini. Tikar rotan, tikar kayu, comforter, kain dan banyak lagi boleh dibawa balik untuk ole-ole.
Yang dari Semenanjung, jika singgah Kuching, boleh luangkan masa di sini. Jangan pergi Sarikei pulak ye.. Jauh tu, 5 jam dari Bandar Kuching.
No comments:
Post a Comment