Pages

Monday, October 3, 2011

Soviet Union (USSR) dan Russia MBT model T

Union of Soviet Socialist Republics (USSR) merupakan salah satu daripada dua kuasa besar ketenteraan pada suatu ketika dahulu. Teknologi ketenteraan USSR pada suatu ketika dahulu sentiasa di depan berbanding Amerika Syarikat dengan kepelbagaian model kereta kebal tempur utama (MBT) dalam siri T mereka. Model-model lagenda mereka seperti T-54/55, T-62, T-64, T-72, T-80 dan terkini T-90. Bagaimanapun, kehebatan MBT USSR dicemari dengan pelbagai kekalahan dalam beberapa siri peperangan seperti perang Israel-Syria, Perang Teluk Iraq-Amerika, USSR-Afghanistan. Tapi perlu diingatkan, contohnya peperangan Israel-Syria, kekalahan model T-62 Syria kepada MBT Israel disebabkan teknologi MBT Israel yang jauh lebih moden dan MBT Israel disesuaikan untuk mengalahkan MBT dari USSR dengan kelajuan, berat dan jarak tembakan yang dipertingkatkan berbanding MBT T-62 Syria.


T-54/55, merupakan permulaan kepada MBT yang lebih rendah, ringan dan laju berbanding MBT mereka sebelum ini. Falsafah peperangan MBT USSR ialah MBT yang lebih rendah, ringan dan laju lebih penting berbanding berat MBT yang menyebabkan MBT lebih perlahan dan lebih mudah menjadi sasaran. Negara-negara arab, China, Korea Utara dan negara bekas Kesatuan Soviet banyak menggunakan model ini dalam tahun 1950an dan 1960an kerana harga yang lebih murah. Dikeluarkan pada tahun 1947.


T-62, negara-negara arab yang berjiran dengan Israel lebih gemar menggunakan MBT buatan USSR seperti Syria, Mesir, lebanon dan Jordan. Malah Iraq dan Iran turut menggunakan model T-62 ini untuk memperkasakan pertahanan mereka. Buatan tahun 1961.


T-64, dimodenkan daripada T-62 dengan automatic reload peluru utama berbanding T-62 manual reload. Merupakan MBT pertama di dunia menggunakan automatic reload senjata utama. Dikeluarkan pada tahun 1963.








T-72, merupakan keluaran tahun 1971. Dipertingkatkan dari segi kelajuan, kelasakan, putaran turet dan enjin. Paling lama digunakan setakat ini dan masih beroperasi di kebanyakan negara pada masi kini, walaupun dengan kepelbagaian MBT yang jauh lebih canggih masakini seperti M1A2 Abrams (Amerika Syarikat), Leopard (Jerman), Challenger II(British) dan Merkava IV (Israel)

T-80, Model yang dipertingkatkan dari T-72, menutup beberapa kelemahan untuk mengatasi MBT Amerika Syarikat dan British. Keluaran tahun 1976.



T-90, Model yang dipertingkatkan dari model T-80. Keluaran tahun 1995. Banyak negara sedang membangun menggunakan model ini kerana lebih murah dan laju. T-90 ini bukan produk USSR, tetapi Rusia dan dilesenkan kepada negara Poland untuk pemasangan dengan model PT-90.



PT-91M Pendekar, MBT Malaysia ini dipasang di Poland dengan huruf M dilabelkan untuk Malaysia sebagai pemiliknya. Merupakan MBT "rojak" kerana senjata utama dari Slovakia, senjata kedua dari Belgium, Enjin dari Jerman dan Poland, Alat Kawalan tembakan dari Perancis, Roda dari Jerman. Agak sukar juga pesaing MBT PT-91M ini untuk menganggar kekuatan sebenar Pendekar ini. Buatan tahun 2005!! Antara MBT ringan yang tercanggih di dunia ketika ini. Berat cuma 46tan berbanding MBT berat British Challenger 80 tan, Merkava 60 tan dan Abrams M1A2 85 tan!!

2 comments:

  1. Ko boleh lawan perang dgn bro Hassan ni... Haha

    ReplyDelete
  2. rizal said,
    Skrg takleh, tak cukup korum lagi. Kalau serang bro Hassan sekarang, gerenti kalah, tank dia lagi hebat. Kena kumpul 1 batalion kor armour baru leh serang bro hassan.. hehe!!

    ReplyDelete