Pages

Monday, October 17, 2011

Abrams M1A1

Model MBT buatan Amerika Syarikat. Terkenal dengan kejayaan di beberapa peperangan di padang pasir Iraq. Berjaya memusnahkan beratus-ratus buat MBT Iraq yang terdiri daripada T-72, T-64 dan T-55. Berada di kelas yang tersendiri sewaktu perang teluk Iraq-Kuwait dan Perang WMD Saddam Hussien. Kononnya ada senjata pemusnah besar-besaran di celah gigi Saddam. Adoi!! Ada jugak!!


Sebenarnya ada versi warna coklat padang pasir, tapi aku lebih menyukai warna celoreng hutan macam ni. Baru ada feel!! Jarak tembakan MBT Abrams ni pada masa tersebut dikatakan mencecah 2KM!! Manakala MBT T-72 Iraq cuma 1.5KM jarak tembakan. MBT Pendekar PT-91M milik Malaysia dikatakan mencecah 5KM!! Betul ke? Ni fakta yang dikeluarkan sendiri oleh jeneral ATM malaysia di salah sebuah akhbar arus perdana!!


Sebuah MBT yang sangat berat!! Mencecah 80 tan!! M1A2 Abrams sekarang merupakan MBT terbaik di dunia ketika ini. Mempunyai kawalan tembakan yang terbaik. Senang cerita, kalau dia dah target locked, jangan harap tank kita dapat lari ke mana dah masa tu, Baik keluar dari tank sebelum hangus terbakar kat dalam!! Fuh!!


Model dan sejarah yang betul. Keluaran Trumpeter China. Seronok tengok dan pegang sebab design yang begitu sama dengan MBT yang sebenar. Kecik je saiznya, pajang 7cm, lebar 2.5cm dan tebal 2.1cm. Turet boleh putar. Tak banyak negara mampu memiliki Abrams ni. Cuma Amerika Syarikat, Mesir, Arab Saudi, Kuwait dan Iraq (pemerintahan baru) yang memiliki MBT ni. Harga sangan mahal beb!! Cecah USD$4.5m, berbanding PT-90 Twardy (Pendekar Malaysia) cuma USD$ 1.3m.

Model ini boleh dijadikan hiasan di simpanan jam military kita. Hahaha!!!


1 comment:

  1. ngan bleh pkei anak main..hahaha ( mamaisyraf)

    ReplyDelete