Pages

Wednesday, July 27, 2011

Mana nak cari?

Malang betul Seiko Stargate aku, lume kat bezel dia terjatuh. Adoi.. ada sapa-sapa yang tau macam mana nak dapatkan part lume Seiko Stargate ni?


Frust beb, sampai ada perasan nak let go murah-murah je jam ni. Walaupun jarang dipakai dan terperuk je dalam kotak jam. Hari pakai nak rasa jam ni dipakaikan dengan tali nato ni.



Puncanya? Skru yang memegang lume bezel tu dah hilang, aku tak perasan pulak dia hilang, jadi secara automatic, lume tu sekali jatuh entah kat mana.




Inilah lume yang aku perlukan sekali dengan skru pengetat dia. Kepada sapa-sapa yang tau macam mana nak dapatkan lume bezel ni, sila hubungi aku menggunakan blog ni, ataupun emel sahaja. Bantuan rakan-rakan diperlukan. Terima kasih kerana membantu.

Tuesday, July 26, 2011

Preview: Oris Subsecond

Untuk cuci mata sahaja.

Nampak penuaannya.


Pacuan enjin cuma 7 jewels sahaja.


Caseback yang calar balar habis!!


Sunday, July 24, 2011

Bagaimana Warga Israel ini boleh masuk Malaysia??

Pada perlawanan Pilihan Malaysia lawan Chelsea yang lepas, aku terpandang wajah warga Israel yang turut sama menjejakkan kakinya di Bumi Malaysia ini dalam lawatan dan perlawanan pertunjukan di Malaysia. Erm.. bagaimana warga Israel ini boleh lepas imigresen Malaysia ya?


Yossi Benayoun, warga Israel.



Seronok betul pemain Malaysia bermain bersama warga Israel ni..

Yeah!! Peminat pun turut sama bertepuk tangan setiap kali warga Israel ni membawa bola masuk ke kawasan penalti Malaysia.
Klik info Yossi BenMangkokhayun ni..
Pemain ni la yang buat ramai peminat Chelsea kat Malaysia ni jadi serba salah nak sokong. Adoi!! Terpaksa la aku gantung jersi Chelsea aku hingga kontrak pemain ni tamat!! Harap Chelsea tidak lagi mengambil mana-mana pemain dari Israel lagi..



Monday, July 18, 2011

Seiko Diver SNM033 (Seiko Black Samurai) SOLD









Tak Sangka pulak Seiko Black Samurai ni masih mendapat sambutan!! Mana nak cari lagi yang baru macam ni kat pasaran masa ni. Kat ebay pun dah takda dah. Tak sempat diletak di blog dah ada orang dah beli apabila aku bagitau awal-awal pada yang pernah bertanya ada stok baru Seiko Samurai ni. Thanks bro. Selamat menyambut keluarga baru Seiko Black Samurai.


**Ada lagi tak yang berminat pada Seiko Black Samurai ni?

Tuesday, July 12, 2011

HARIMAU MALAYA TETAP DI HATI

Malam ini pasukan kebangsaan Malaysia akan mengadakan perlawanan pertunjukan menentang pasukan kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal. Rasanya ramai peminat bola sepak akan membanjiri Stadium dengan memakai baju warna merah putih. Walaupun aku meminati bola sepak liga perdana Inggeris, apabila menentang pasukan dari tanah air sendiri, aku tetap akan menyokong pasukan negara (tak kira pasukan kebanggasaan, negeri atau kelab).

Ni aku gelar jersi Pepsi Malaysia.. hehe!!



Harimau Malaya tetap di hati.

Aku bukan seperti golongan fanatik seperti ini. Harap golongan seperti ini jika memakai baju Arsenal atau Liverpool sekalipun esok lusa, mereka tetap akan mengibarkan Jalur Gemilang Negara, ini aku akan puji. (tapi kalau baju dah liverpool, bawa pulak banner Liverpool macam ni, dah tak tau nak kata la, rasanya orang Liverpool, England tak pernah & tak terfikir nak julang pasukan dari Malaysia (pasukan kebangsaan, negeri & kelab Malaysia) seperti ni. Pendapat aku la. Aku tau perasaan mereka, bukan selalu bintang bola sepak seperti nak datang ke Malaysia buat pertunjukan dan bertemu peminat di Asia. Tapi rasanya agak-agak la jugak.. Wakaka!!


Ni lagi satu contoh. Fanatik yang membelakangkan maruah pasukan negara sendiri. Aku tau la pasukan kita main tak seberapa, tapi kena jaga la air muka pemain kita. Kurang-kurang, pemain kita ada semangat la nak jumpa Singapura untuk kelayakan ke Piala Dunia 2014 nanti. Huahua!! Agak-agak la kan, tak salah pakai baju Arsenal malam ni (Rabu 13 Julai 2011), tapi kibarkan bendera Malaysia sambil pakai baju Arsenal, boleh? Haha!!

Maaf, artikel ni takde kena mengena dengan Jam.. huhu!!



Wednesday, July 6, 2011

Movement Mekanikal

Entah kenapa aku sekarang ni kurang berminat untuk mencari dan memburu jam, ini mungkin sebab pasaran jam sekarang ni agak lembab tak seperti tahun-tahun sebelum ni. Kolektor jam yang lain mungkin turut memiliki perasaan yang sama. Harap ada kolektor yang baru nak kenal-kenal dunia horology ini. Bagi yang otai, bimbinglah mereka ini dengan ilmu otai jam yang ada. Jangan dibunuh minat mereka ini dengan melekehkan ilmu horology mereka yang masih cetek. Semakin ramai peminat jam, semakin rancak dunia horology kita, tak kiralah jam mahal atau murah, analog atau digital, mekanikal atau quartz, Swiss atau Jepun, Replika atau Original, jam antik atau jam vintaj, jam baru atau jam terpakai, all original atau aftermarket/rojak, jam dress atau sport, jam biasa atau jam mewah, sebenarnya kita masih dalam minat yang sama iaitu Peminat Jam.


Movement Miyota

Setelah bosan dan dah tak tau nak cari jam apa & yang sebenarnya kekangan kewangan akibat ekonomi dunia yang semakin tidak menentu akibat tangan-tangan manusia sendiri yang sering dan suka merosakkan bumi Allah ini, aku sekarang lebih terpesona melihat isi perut jam iaitu movement/enjin jam seperti ini.

Movement kecil Seiko manual winding.


Bosan dengan isu peperangan, isu kebuluran, isu rampasan kuasa, demonstrasi jalanan, pembunuhan, liwat, rogol, zina, video, cctv pilihan raya, ada baiknya kita tenangkan jiwa dengan melihat dan menghayati teknologi lama yang mengkagumkan kita tentang seni horology yang berkaitan dengan sains fizik & matematik ni.



Movement Seiko 6R15 vs 7S36

Perbandingan dan ulasan mengenai movement jam bukanlah untuk mencari pemenang, tetapi lebih kepada ilmu tentang perbezaan setiap movement. Sebagai panduan kepada kolektor yang mempunyai kekangan kewangan dalam mencari yagn terbaik untuk wang yang dikeluarkan. Banyak jam di pasaran berharga sangat tinggi, tetapi hanya kerana jenama, harga melambung tinggi. tetapi pada yang minat pada jenama, mungkin movement biasa tidak menjadi masalah, yang penting jam menepati masa dan tidak ada masalah. Seperti aku, minat terhadap sukan bermotor (F1 dan Motogp) telah menimbulkan minat terhadap jenama Oris, walaupun movement yang digunakan hanyalah Swiss ETA. Tetapi berbaloi jika jam Oris yang menggunakan Sellita dan La Joux-Perret LJP.



Movement ETA


Miyota lagi..


Movement manual



Movement manua winding yang mempunyai 36000 bph/ 10bps



In-house Seiko Spring Drive



Oris ETA, rotor merah yang menjadi igauan & mimpi ngeri aku. Wakaka!!