Pages

Tuesday, May 3, 2011

Pesta Kaul Mukah 2011

Kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain. Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul taib Mahmud menjadikan acara ini sebagai acara wajib pada bulan April setiap tahun untuk menarik pelancong datang ke Bahagian Mukah, di samping sebagai pemangkin aktiviti ekonomi masyarakat tempatan.


Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau "Pagan" (animisme/tiada agama) untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Walau bagaimanapun, Pesta Kaul yang diadakan pada zaman moden ini lebih kepada acara keramaian seperti anjuran TV3, Jom Heboh je. Ini disebabkan dengan kehadiran agama Islam dan Kristian di kalangan masyarakat Melanau di Mukah, Pesta Kaul tidak lebih hanya untuk aktiviti menarik pelancong dan mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tempatan. Tiada lagi unsur-unsur animisme yang diamalkan. Tahun ini diadakan pada 30 April 2011. Biasanya lepas gaji hari Sabtu bulan April tiap-tiap tahun la acara ni dilangsungkan dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri.




Gambar di atas ini merupakan permainan tradisi masyarakat Melanau yang dinamakan Tibow. Cara nak main, cuma tuggu kat atas binaan yang macam tangga tu, ambik tali yang tergantung tu, dan bergayut la selama mana yang boleh dan sejauh mana dia boleh berayun. Permainan dikira habis jika ayunannya sudah lemah ataupun dah tak berayun lagi.




Hah!! Tengok orang tu bergayut!! Kalau tak jelas, sila klik gambar, bagi perbesarkan sikit.


Dah berenti berayun lah tu!! Semakin ramai yang bergayut kat tali tu, semakin slow pulak dia berayun..



Ini pulak permainan layang-layang yang dimainkan di tapak Pesta Kaul Mukah ni. Kusyuk pulak anak-anak kecil memerhatikan layang-layang yang terbang berirama tu..



Macam tengok pertunjukan pesawat tempur pulak..



Selain permainan tradisional yang dipamerkan di tapak pesta Kaul ni, gerai komuniti banyak yang pamerkan di tapak Pesta Kaul ni. Setiap kampung dari pelbagai daerah akan mendirikan gerai komuniti masing-masing.



Pelbagai hasil kraftangan asli masyarakat tempatan yang dipamerkan. Ada duit, beli je.. murah betul!!



Yang bulat berwarna merah hitam tu dinamakan terendak. Topi tradisional masyarakat Melanau untuk bertani dan menanam padi. Juga digunakan secara harian.



Yang ni diorang bakar makanan tradisional. Berkaitan dengan ikan. Orang melanau terkenal sebagai nelayan.



Yang ni aku tak tau masak apa la.. hehe!! Lupa lak nak tanya.



Yang ni dinamakan Pipus/Pipuh. Sedap ni.. Isteri aku suka makan. Makan dengan sagu/sago lah.. Baru sedap..



Macam ni la aktiviti yang dijalankan di setiap gerai komuniti ni..



Replika alat membuat tepung sagu/sago. Bukan jam je ada replika tau.. alat tradisional ni pun orang buat replika.. wakaka!!



Replika rumah membuat sagu/sago.. Kecik je.. lawa gak..



Replika perahu yang digunakan oleh nelayan dulu-dulu.



Replika pondok yang digunakan untuk menghasilkan tepung sagu/sago. Setiap kampung, istilah dia lain-lain. Walaupun sama menggunakan bahasa melanau.


Alat yang digunakan untuk menghasilkan sagu/sago. Yang berbiji-biji bulat kat atas alat tu nama dia sagu/sago. Bukan baja pokok!! Wakaka!!


Ni peralatan yang pernah dihasilkan oleh masyarakat melanau pada suatu masa dahulu. Mangkuk dan sudu pun diperbuat daripada tempurung kelapa. Kreatif betul orang dulu-dulu. Tengok tangan yang pegang sudu daripada tempurung kelapa tu..


Gambar kat atas ni bangunan tertinggi di bandar Mukah. Nama dia Menara Pehin Sri. Tempat pejabat jabatan kerajaan negeri. Cantik gambar dia pada waktu malam.



Gambar belon ni aku ambik sebab ada nama Pesta Kaul 2011. Klik gambar untuk lebih jelas!! Haha!! Jalan memang sesak gila masa ni. Nak parking jauh. Lepas tu nak berjalan ke tapak kaul tu pun jauh. Penat je dapat.. Wakaka!!


Apa-apa pun, ini sedikit sebanyak info dari Mukah yang dapat aku kongsikan bersama di Blog Sukajam ni. Sekian..



2 comments:

  1. sik dapat pegi....kamek org sekeluarga demam tok...huaaa...

    ReplyDelete
  2. wahhh...mama isyraf tiap2 taun angkut tikar..hehee byk jual time tok eh..rindok ati..

    ReplyDelete