Pages

Monday, May 23, 2011

Seiko 6139-6012 (Sold)

Ingat lagi kat jam ni?Ni haa... Duniajam dan Sukajam


Link Sebelum ni aku dapat jam ni dalam keadaan yang agak berpenyakit terlebih hormon, err... maknanya terlampau laju lah. bukan laju sikit, tapi laju banyak, 3 jam lebih laju dalam 24 jam. Kemudian aku tune punya tune kat hair spring dia, nampak ok jugak sikit, dah kurang ladi laju 1 jam lebih. Tapi masih laju. Akhirnya tersadai je dalam laci. Sehingga minggu lepas, baru aku berpeluang untuk membawa jam ini berubat di hospital pakar. Cewah...



Sekarang dah ok. Tip top!! Masa pun tepat. Dah cuba chronograph dia dengan chronograph digital, tepat dalam masa 30 minit, kemudian, selepas satu pusingan masih lagi tepat & sama seperti chronograph digital. Selepas pusingan kelima baru nampak yang jam Seiko Chrono ni lambat setengah saat.. Ermm.. nampak ok lagi lah jam ni sesuai dengan usianya. Masa setakat pakai ni menepati masa. Perhatikan tachymeter dia pun dah berjaya dia ubah & betulkan. Yang ni gambar tachymeter yang asal klik. Aku dah cuba betulkan sendiri, tapi macam melekat dengan gam. huahua!!
Bukan itu sahaja, quickset jam pun dah kembali seperti asal. Jika dulu nak set hari kena putar crown 24 jam, tapi sekarang ni hanya perlu tekan ke dalam lebih sikit untuk ubah hari. Cooolll!!! Nak tukar tarikh pulak tekan sikit-sikit je crown ke dalam. Jadi proses ni tidak menyebabkan crown jam cepat haus berbanding kita menarik crown keluar.


Mengikut doktor pakar yang mengubat jam ni hari tu, keaadaan enjin jam ni sangat bersih dan senang dia nak bukak dan pasang.



Cuma dia rasa cermin jam ni dah ditukar baru. Maksudnya, cermin jam ni tak boleh menahan air daripada masuk ke dialnya. Mungkin kurang serasi dengan casing dia. Takpa, ni la asam garam jual beli jam vintage ni.


Crown & pusher sangat senang untuk ditekan. Best!! Tak macam mula-mula aku dapat hari tu, keras untuk ditekan. Akhirnya tekan punya tekan terus tercabut pushernya. Ganas jugak aku.


Caseback dia agak calar sikit. Biasalah tu, jam vintage. Tak calar, takde la nampak vintage nya..


Namun aku rasa jam ni telah melalui proses polished finishing keseluruhan casingnya. Tertera Japan A!! Maksudnya?



Enjin? Bersih!!! Takde kesan karat!! Doktor Pakar jam hari tu puji melangit enjin jam ni.


Memang sah movement Seiko 6139!!
Dibuka untuk jualan pada yang berminat. Asking Price RM460.00 (Nego)
Takda orang beli aku simpan ja... Barang baik ni..



Sunday, May 22, 2011

PreviewSeiko Military 7s36 Automatic

Seiko 5 Military, bukan jam aku punya. Tapi kawan sepejabat aku punya. Mula menampakkan minat terhadap jam automatic apabila setiap hari aku memakai jam yang berlainan ke pejabat.


Aku pun tak tau sangat warna dial jam ni. Warna hitam ke warna hijau gelap..


Menggunakan tali jenis nylon. Memang terasa ketenteraannya..


Dial yang mempunyai tulisan sistem 24 jam.


Casing bukan jenis polished finishing, namun tetap anggun.


Ringkas, tak menyemak dialnya..


Tali jenis nylon..


Caseback jenis see thru..


Crown tak bertanda..


Bandingkan dengan saiz Seiko Samurai aku.. hampir sama besar..


Friday, May 6, 2011

Preview: Casio Predator??

Casio Predator ni gelaran yang aku bagi. Bukan nama sebenar jam ni.. Nama jam ni yang sebenarnya ialah Casio Riseman.

Design dia seakan-akan mulut predator tu yang menyebabkan aku mengelarkan jam ni sebagai Casio Predator.


Dalam siri G-Shock, ada fungsi Altimeter, Barometer & Thermometer di samping fungsi asal dia ialah penunjuk waktu, hari, tarikh & chronograph.


Warna hitam menjadi buruan berbanding warna lain.


Ada lembaga pepatung kat caseback dia.. wakaka!! Pertama kali tengok jam ni kat internet, terus suka!!


Ada backlight yang terang. Boleh jadi lampu suluh ni, kalau tetiba black out kat rumah.
Kesemua gambar jam di atas ialah gambar ihsan yang dipinjam dari internet. Rasanya, sesekali kita melilitkan jam digital Casio G-Shock kat tangan pun syok jugak!!


Wednesday, May 4, 2011

Osama mati dibunuh tanpa senjata?

Rasanya rekaan semata-mata. Untuk menutup kemaluan Amerika Syarikat yang memang tak tahu malu tu. Tapi, rakyat Amerika yang bangang tu, percaya je cerita ni walaupun dah sah gambar edit guna Adobe Photoshop. Dah banyak kali dah zaman Presiden Bush dulu umumkan kematian Osama Laden. Ni Obama pulak nak teruskan tradisi umumkan kematian Osama. Banyak betul nyawa Osama Laden ni.


Tengoklah betul-betul.
Janggut pun bagi kaler itam sikit.


Ni?


Jangankan Osama, Bush pun boleh kita edit muka dia jadi macam ni..


**Pada aku, tujuan Amerika ialah membangkitkan kemarahan masyarakat dunia Islam dan melakukan pemberontakan dan tunjuk perasaan. Dan inilah yang boleh dijadikan alasan Amerika untuk menyerang negara-negara majoriti Islam yang seterusnya selepas Afghanistan dan Iraq. Mungkin jugak untuk melemahkan negara-negara Islam yang selepas Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Bahrain, Jordan, Lebanon dan sebagainya melalui tunjuk perasaan dan pemberontakan. Aduh, dunia semakin tidak selamat untuk diduduki selagi adanya Israel dan Amerika berkuasa di muka bumi ini..



Tuesday, May 3, 2011

Pesta Kaul Mukah 2011

Kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain. Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul taib Mahmud menjadikan acara ini sebagai acara wajib pada bulan April setiap tahun untuk menarik pelancong datang ke Bahagian Mukah, di samping sebagai pemangkin aktiviti ekonomi masyarakat tempatan.


Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau "Pagan" (animisme/tiada agama) untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Walau bagaimanapun, Pesta Kaul yang diadakan pada zaman moden ini lebih kepada acara keramaian seperti anjuran TV3, Jom Heboh je. Ini disebabkan dengan kehadiran agama Islam dan Kristian di kalangan masyarakat Melanau di Mukah, Pesta Kaul tidak lebih hanya untuk aktiviti menarik pelancong dan mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tempatan. Tiada lagi unsur-unsur animisme yang diamalkan. Tahun ini diadakan pada 30 April 2011. Biasanya lepas gaji hari Sabtu bulan April tiap-tiap tahun la acara ni dilangsungkan dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri.




Gambar di atas ini merupakan permainan tradisi masyarakat Melanau yang dinamakan Tibow. Cara nak main, cuma tuggu kat atas binaan yang macam tangga tu, ambik tali yang tergantung tu, dan bergayut la selama mana yang boleh dan sejauh mana dia boleh berayun. Permainan dikira habis jika ayunannya sudah lemah ataupun dah tak berayun lagi.




Hah!! Tengok orang tu bergayut!! Kalau tak jelas, sila klik gambar, bagi perbesarkan sikit.


Dah berenti berayun lah tu!! Semakin ramai yang bergayut kat tali tu, semakin slow pulak dia berayun..



Ini pulak permainan layang-layang yang dimainkan di tapak Pesta Kaul Mukah ni. Kusyuk pulak anak-anak kecil memerhatikan layang-layang yang terbang berirama tu..



Macam tengok pertunjukan pesawat tempur pulak..



Selain permainan tradisional yang dipamerkan di tapak pesta Kaul ni, gerai komuniti banyak yang pamerkan di tapak Pesta Kaul ni. Setiap kampung dari pelbagai daerah akan mendirikan gerai komuniti masing-masing.



Pelbagai hasil kraftangan asli masyarakat tempatan yang dipamerkan. Ada duit, beli je.. murah betul!!



Yang bulat berwarna merah hitam tu dinamakan terendak. Topi tradisional masyarakat Melanau untuk bertani dan menanam padi. Juga digunakan secara harian.



Yang ni diorang bakar makanan tradisional. Berkaitan dengan ikan. Orang melanau terkenal sebagai nelayan.



Yang ni aku tak tau masak apa la.. hehe!! Lupa lak nak tanya.



Yang ni dinamakan Pipus/Pipuh. Sedap ni.. Isteri aku suka makan. Makan dengan sagu/sago lah.. Baru sedap..



Macam ni la aktiviti yang dijalankan di setiap gerai komuniti ni..



Replika alat membuat tepung sagu/sago. Bukan jam je ada replika tau.. alat tradisional ni pun orang buat replika.. wakaka!!



Replika rumah membuat sagu/sago.. Kecik je.. lawa gak..



Replika perahu yang digunakan oleh nelayan dulu-dulu.



Replika pondok yang digunakan untuk menghasilkan tepung sagu/sago. Setiap kampung, istilah dia lain-lain. Walaupun sama menggunakan bahasa melanau.


Alat yang digunakan untuk menghasilkan sagu/sago. Yang berbiji-biji bulat kat atas alat tu nama dia sagu/sago. Bukan baja pokok!! Wakaka!!


Ni peralatan yang pernah dihasilkan oleh masyarakat melanau pada suatu masa dahulu. Mangkuk dan sudu pun diperbuat daripada tempurung kelapa. Kreatif betul orang dulu-dulu. Tengok tangan yang pegang sudu daripada tempurung kelapa tu..


Gambar kat atas ni bangunan tertinggi di bandar Mukah. Nama dia Menara Pehin Sri. Tempat pejabat jabatan kerajaan negeri. Cantik gambar dia pada waktu malam.



Gambar belon ni aku ambik sebab ada nama Pesta Kaul 2011. Klik gambar untuk lebih jelas!! Haha!! Jalan memang sesak gila masa ni. Nak parking jauh. Lepas tu nak berjalan ke tapak kaul tu pun jauh. Penat je dapat.. Wakaka!!


Apa-apa pun, ini sedikit sebanyak info dari Mukah yang dapat aku kongsikan bersama di Blog Sukajam ni. Sekian..