Pages

Monday, March 14, 2011

Informasi: Layan Duit lama la pulak

Sebelum ni kita asyik merenung jam-jam lama dan jam-jam baru sahaja, apakata sekali sekala kita menghayati seni yang ada pada duit kertas lama. Mula-mula memang terasa bosan apabila merenung wang kertas lama ni, tetapi bila dah lama-lama timbul pula rasa seronok.
British North Borneo. Rasanya digunakan di Sabah pada suatu ketika dahulu.

Menggunakan istilah Dollar.

Wang kertas satu ringgit yang dah lama dihentikan percetakannya. Duit dulu-dulu seronok tengok tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia. Duit satu ringgit ni meletakkan gambar tugu negara sebagai ilustrasi di belakang wang kertas.

Yang ni gambar muzium negara. RM5 yang turut dihentikan pengeluran. Err.. masih laku ke wang ni sekarang ni yek?

Pernah memiliki wang ini masa kecil dahulu. Malangnya, akibat jahil tentang nilai wang kertas lama, maka, wang ini turut hilang entah ke mana.


Bahagian belakang cuma letak logo Bank Negara Malaysia sahaj. Nilai wang ini sekarang bukan lagi RM10. Mungkin ratusan ringgit untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.


Wang yang turut dihentikan pengeluarannya. Ditarik balik akibat kemelesetan ekonomi yang berlaku dalam tahun 1997-1998.


Turut pupus. Nilai wang ini sekarang mungkin bukan RM1000 lagi kot? Paling payah untuk didapati akibat tarik balik semua wang kertas RM1000. Siapa yang simpan ketika itu rugilah , pasal wang ini dah tak laku untuk diperlakukan.. err.. betul ke ayat macam ni..

RM20 ini merupakan cetakan wang kertas yang sangat sedikit pada tahun 1980an. Zaman aku kanak-kanak dulu pun dah tak laku, ini pulak zaman sekarang. Tapi untuk koleksi wang kertas lama, wang ini sangat bernilai. Mungkin bernilai ratusan ringgit dari segi nilai estetikannya.

Pejabat Bank Negara Malaysia gambar di belakangnya. Itulah kelebihan wang dulu-dulu sempena kempen visit Malaysia. Semua wang kertas diletakkan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

Wang kertas RM50 sempena penganjuran Sukan Komawel 1998. Semakin mahal. Biasa bersama dengan folder simpanan khas. Tidak pernah digunakan untuk urusniaga. Sekadar wang peringatan sahaja.


Wang kertas pertama Malaysia menggunakan kertas plastik rasanya? Sekarang ni cuma RM5 sahaja menggunakan bahan seperti wang ini.



13 comments:

  1. Mak aku ada simpan duit2 lama ni. Kat mana ntah letak. Nnt nak cari tgk. Syiling lama pun byk

    ReplyDelete
  2. yg RM50 komenwel tu rasanya ada simpan kot

    ReplyDelete
  3. bro good info, harap saya tak mendalami kumpul duit fever. hehehe..

    ReplyDelete
  4. uit? da main kumpul duit ker sj? leh laa kita geng.. :)

    ReplyDelete
  5. DJ, carik bro jgn tak carik, lepas tu framekan.. lawa gak..

    Adib, payah nak dapat RM50 komanwel tuh yang ada folder sekali

    Adrlee, hehe.. belum fever lagi la.. simpan bila jumpa secara kebetulan.. harap tak serius sangat la lepas ni.. haha!!

    Zalizalu, simpan bila jumpa jerk.. nak serius carik sampai ke lubang cacing belum lagi la.. harap tak sampai mcm tu.. hehe!! Kuatkanlah imanku.. haha!!

    ReplyDelete
  6. WANG LAMA MASIH LAKU BOLEH DITUKAR DI BANK NEGARA.KALAU NAK UNTUNG BOLEH TUKAR DI MONEY CHANGER YANG JUAL WANG LAMA.DENGAN SAYA PUN BOLEH TUKAR HE,HE

    ReplyDelete
  7. Duit RM1000 dan RM500 tu ada sebab khas kenapa ditarik balik. Memang berlaku semasa kegawatan ekonomi 97-98. Bayangkan orang yang ada berkoyan-koyan duit RM500/1000 tu, bila ia tiba2 tidak lagi sah digunakan, apa jadi dengan duit dia tu? Kesian dia ....

    ReplyDelete
  8. haizul, best gak tengok duit2 lama ni.. mana nak jumpa lagi. Duit RM1000 & RM500 ditarik balik pasal ramai sangat dato'dato' & menteri2 kita yg simpan duit kat luar negara. hadui..

    Anonymous,
    duit ni diorang dah bagi masa utk tukar masa tu.. Salah satu sebab tanak org malaysia simpan duit kat luar byk sgt..

    ReplyDelete
  9. Suka Jam, itu alasan rasmi yang diwar-warkan. Walaupun ada kebenarannya, tapi keputusan untuk tarik balik kegunaan note tu disebabkan oleh satu sebab spesifik. Tak boleh cerita kat sinila, too political. Ko pun mungkin tau kot cerita disebaliknya.

    ReplyDelete
  10. Pecinta Masa...

    Takleh cita sini, kita boleh SMS nnt. Haha...

    ReplyDelete
  11. ish.. nanti polis panggil bagi keterangan nanti.. Payah naik turun mahkamah.. haha!!

    ReplyDelete
  12. nak tanye sikit..duit lama rm5 yg blakang ade tande salip 2 ade lagi tak ? nak jual tak sbb sy penggemar duit lame ? respon email kt gadis.skut@yahoo.com ye.TQ ^^

    ReplyDelete
  13. ak,, rse ak tau gak ape yg korg kye pal politk ni...... psl datuk tutttttt.... nk bwak lari duit tu ke luar ngare kan......
    sme jgak skrg,,, duit rm100 pun krajan buat x byk ade limit.

    ReplyDelete