Pages

Sunday, February 27, 2011

Preview: King Seiko (Raja Segala Seiko?)

Jika blogger detikduabelas telah meracuni fikiran kita dengan King Seiko (KS), maka, kali ni aku pun ingin menambahkan lagi bisa racun tersebut. Ngeh! ngeh! ngeh!!
Pada pandangan aku, turut bersetuju jika golongan Seikoholic ini wajib memiliki satu Raja ni dalam simpanan. Aku suka tengok King Seiko yang hanya mempunyai Date sahaja berbanding yang mempunyai day & date. (mungkin yang ada day & date sama seperti jam dress biasa terutama Seiko 5 kot?)

Aku pun kurang pasti fungsi benda ni. hehe!!

Ini merupakan kemegahan King Seiko iaitu pada crown dia. Huruf keramat KS ini merupakan racun yang sangat berbisa kepada peminat jam terutama Seikoholic.

Hah!! Ni kewajipan kepada King Seiko yang collectable!! Gold Medallion.. Err.. tak pasti la emas betul ke tak.. Suasa kot?

Marker timbul mcm ni lagilah menambahkan ghairah kepada pencinta jam vintage.

Kalau jumpa mana-mana jam vintage dengan marker timbul seperti jam ni, angkat jer beb!! Mana nak cari lagi.....


King Seiko Chronometer Officially Certificate!!
Ni nak tambah lagi racun ni.. Kalau nak cari King Seiko yang lagi Collectable, carilah yang ada tanda Chronometer Officially Certificate macam ni. Mcm jam kat atas, aku sangat menyukai jam dengan fungsi date sahaja. Entah kenapa aku kurang gemar pada jam yang ada day & date.. Entah la labu.. Walau pun ada dalam simpanan, seperti Citizen Eagle 7 dan Seiko Diver Stargate, namun aku kurang gemar jugak.. Tak tau nak cakap apa la perasaan macam ni.. hehe!!!
Chronometer Officially Certificate inilah yang menimbulkan "kebengangan" di kalangan pengeluar jam jenama swiss, yang mana terdapat tuduhan Seiko tidak layak untuk meletakkan tanda Chronometer Officially Certificate pada dial jam Seiko seperti di atas. Pada mereka, tanda Chronometer Officially Certificate hanya untuk jam-jam buatan swiss yang layak sahaja. Seiko peduli apa kan, dah menang banyak kali, so Seiko nak letak gak la..

Dan semestinya mestilah ada medallion pada caseback. Macam biasa, bukan senang nak bukak caseback ni.. Ikut arahan yang tertera pada caseback.. Insyallah kita tak perlu bukak menggunakan pembuka tin sardin ye..


(Maaf.. semua gambar yang terpapar hanyalah gambar pinjaman sahaja, tiada jam sebenar di dalam simpanan aku)
Kalau ada tersalah fakta minta diperbetulkan, saya budak beru belajar, ambil galah tolong tunjukkan.. eh.. betul ke...?

7 comments:

  1. salam. yang KS pertama tu, screw kat lug tu untuk timing, sebab jam tu model buka dari crystal. untuk memudahkan tuning timing, ada screw kat lug yang connected to the balance wheel (utk tukar hairspring length).

    ReplyDelete
  2. bro, KS yang officially certified chronometre tu simpan jadi khazanah... pasal nilai dia tinggi. macam mana pun hi-beat seiko cuma setakat 8bps/28,800bph... good collection. highest always the GS Grand Seiko... the highest accuracy always goto GS 10bps/36,000bph... anyway yang certified chronometre tu 8bps/28,800 adjusted in 5 position... apa dia punya movement number bro?

    ReplyDelete
  3. bro, lupa... tahun 1967 sampai 1972 Seiko hantar model KS dengan hi-beat ke Swiss Observatory COSC untuk certified. jam Seiko yang ada COSC memang certified kat sana... bukan sesaja dia boh kat dial!!! bukan commercial gimmick. aku rela beli Seiko yang certified chronometre (chronometre grade) dari Grand Seiko!!!

    ReplyDelete
  4. sebenarnye COSC ni lah yg telah meracuni aku sejak 6 purnama lg. tp mujurlah kempunanku terbalas dgn adanya SMP COSC yg mmg mengubat mata dn jiwa hehe. apa2 pun KS mmg dlm kelas trsendiri...

    ReplyDelete
  5. Aku suka betul la design KS tu.. Mmg cun.... Harga sendiri mau ingat la.... huhu

    ReplyDelete
  6. Aku pernah ada satu KS. Tapi aku jual balik pasal ada day. Ntah kenapa aku tak suka betul jam yg ada day nih.. hehe!!!

    ReplyDelete
  7. thetick2.. 5625-7000 kot movement dia.. thn 68 punya.. Rega tgk hari tu menjangkau RM2300-2500 (yg ada date ja..)

    ReplyDelete