SEIKO STARGATE
Gelaran yang berasal dari bentuk bezel jam seakan-akan logo bulat Stargate di atas.
SEIKO STARGATE (SKZ325K1) (With Red Line at Minute Hand & Crown)
Nampak gagah buatannya. Crown "disimpan" di dalam casing mirip Seiko Turtle 6309-7040 dan agak terkeluar sedikit yang menyebabkan jam ini "kurang simetri" umpama Seiko "Grand Turtle" 6105-8110.

Caseback pula mirip
Seiko Sumo atau
Seiko Marine Master. Logo
Tsunami tidak pernah terlepas pada caseback jam siri
Seiko Diver ini.

Ini keadaan setelah pakaian
Seiko Stargate ini dilucutkan untuk pemeriksaan Puspakom.

Yang menariknya,
end-link bracelet jam ni jenis
Solid. Ini yang menambahkan nilai pada Diver baru ini.

Dipakaikan pakaian balik setelah lulus pemeriksaan. Tiada barang-barang haram dan berbahaya yang dibawa dan diseludup masuk. Hehe!!

Sangat selesa dipakaikan di pergelangan tangan.

Kewajipan yang ada siri
Seiko Diver ialah
extention clasp.
Safety clasp mesti ada punya. Jangan risau!!
Bracelet mempunyai
brushed & polished finishing pada setiap alur sambungan
bracelet ini.
Sambungan end-link agak "tenggelam" pada lug panjang jam ini. Mungkin design baru untuk menampakkan perbezaan antara siri Diver yang sebelumnya.
Bentuk curve yang betul-betul ho-liaw!!
Spesifikasi jam ditunjukkan pada "tali pusat" jam ni. Caliber 7s36 dengan 23 jewels.
Dipandang dari sudut mana pun tetap lawa!! Jarum jam dan minit didapati mirip jarum Seiko Sumo yang gemuk. Manakala jarum saat boleh dikatakan fotostat terus dari Seiko Samurai.
Seiko Stargate menjadi generasi Seiko Diver yang seterusnya dalam siri Seiko Diver. Menjadi perbualan hangat masa kini di mana-mana forum horology di internet. Cuma mungkin ramai yang teragak-agak untuk mendapatnnya kerana siri Caliber 7s36. Walau bagaimanapun, pada aku satu kepuasan apabila mempunyai jam diver yang mengandungi gabungan "Lagenda-lagenda Seiko Diver" pada design satu jam Seiko Stargate ini.
memang best..mcm generasi ke2 samurai...
ReplyDeleteTu la.. pada saya seakan-akan penghujung keluaran Seiko Diver 200m dengan movement siri 7sXX je.. haha!! Sebab dia gabungkan kesemua ciri-ciri lagenda Seiko Diver dari dulu hingga kini..
ReplyDeletehuu... ntah bila laa dapat merasa jam gini.... stakat ni duk layan seiko 5 je... T_T
ReplyDeleteLa aku tak komen lg rupanya... rasa mcm dah komen hari tu. Haha...
ReplyDeleteBest jam ni bro. Aku pun minat