Pages

Sunday, October 17, 2010

Seiko 6138-8020 @ Seiko Panda (SOLD)

Seiko Chronograph Automatic 6138-8020 A.K.A Seiko Panda

Agak lama jugak aku mengintai Seiko Chronograph 6138-8020 ini. Akhirnya menjadi kenyataan apabila bro Duniajam menawarkan aku jam ini. Hati aku makin kuat untuk mendapatkan satu jam ini apabila jam ini mula keluar di blog Detikduabelas. Walau bagaimanapun hasrat tersebut terpaksa aku tangguh dan dengan penuh harapan agar jam tersebut belum dipinang orang. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, apabila bro Duniajam bersetuju bertukar jam dengan salah satu koleksi jam aku untuk merealisasikan impian aku. Crown jam yang agak besar, mudah untuk memutarkan crown sama ada untuk meningkatkan power reserve atau mengubah masa dan tarikh & hari. Push button yang sangat smooth.. Tekan sikit je dah cukup untuk menggerakkan jarum chronograph. Caseback yang hanya ada sedikit kesan calar. Movement yang masih gagah mengerakkan waktu. Sangat bersih. Power reserve yang dapat ditambah dengan memutarkan crown.
Polished finishing dan brushed finishing pada tepi jam kelihatan seperti baru. Mungkin pemilik sebelum ini sudah membelai-belai jam ini agar kelihatan seperti baru.
Dari sudut ini, jam Seiko Panda ini kelihatan seperti jam yang mahal!!
Cermin plastik yang kelihatan cembung sedikit menaikkan seri jam ini.
Makin bertambah hebat apabila dipakaikan di tangan. Diserlahkan dengan tali kulit warna hitam dan jahitan tali berwarna putih. Makin masyuukkkk!!!! Salah satu koleksi yang collectible untuk peminat jam chronograph dan seikoholic!!


7 comments:

  1. Alamak.. kena ada lesen Jab Haiwan ke nak ternak panda nih? hehe!!

    ReplyDelete
  2. Dlm byk2 jam 6138, panda yg paling cantik pada aku. Nampak anggun & mahal. Hehe

    Tq bro kerana merialisasikan dgn segera impian nak pakai koleksi bro. Huhu... Terharunya....

    ReplyDelete
  3. saudara, kalau minat 6138 aku suggest ko carik yang mana rosak, beli, simpan bikin spare-part... pasal movement 6138 memang 'britle' dia punya hammer recorder dengan 'reset' hammer... aku simpan 1 6139 1 6138 bikin spare part. Petua, kalau nak chronograph tahan lama... at least seminggu skali bila 'fully-wounded' ko run chronograph recorder tu dalam 30 minit, so column wheel dengan chrono wheel semua jalan... kalu dak... nanti berkeladak!

    ReplyDelete
  4. Duniajam: Tq, aku pun tak sangka dapat merasa panda ni dalam kadar yg segera.. wakaka!!

    Tq bro thetick-thetick for the information.. Memang tiap-tiap hari aku running chronograph. Supaya minyak kat movement dia berjalan.. Selain seronok tengok jarum kat subdial minit & hour dia berdetik satu-satu.. Spare part hammer dia payah nak dapat? kena cari satu 6138 untuk standby.. Adus!!!

    ReplyDelete
  5. kalau tengok mana2 movement chronograph...lever setting, coupling wire, hammer, dengan strike-pin kebanyakkannya halus-halus lagi rapuh macam maruku... patah biasanya pasal ada karat, kalau tak karat jangan berani usik... patah kalu jadi spare part!!! Carik la jam 6138 yang dah kene rogol atau dirojakkan... tawar harga rendah, simpan bikin spare part.

    ReplyDelete
  6. Tq abg thetick-thetick, mmg sangat menghargai tips2 dari otai2 ni. Sbb dah byk menyelamatkan duit aku. Huhu... Tersedih la pulak....

    ReplyDelete