Pages

Thursday, August 5, 2010

Seiko Diver Samurai Black BNIB (SNM033) (SOLD)

Ini merupakan pahlawan samurai yang juga menjadi idaman penggemar Seiko Diver.
Model kali ini ada kelainan sedikit berbanding yang telah aku post sebelum ini. Jika kita tengok tajuk di atas terdapat nombor model snm033.
SNM033 memberi makna, Seiko Samurai ini adalah untuk pasaran Amerika Syarikat (USA)sahaja. Dan SeikoUSA sangat melarang penjualan model ini di luar Amerika Syarikat (USA). Ini kerana warranty model ini terhad untuk warranty sah di USA sahaja.
Didatangkan dengan kotak yang agak unik. Dengan bantal yang empuk, Seiko Samurai ini dapat tidur dengan nyenyak jika tidak digunakan.

Didatangkan juga dengan buku manual dan warranty kad (Certificate of Limited). Kebiasaan kita akan menerima warranty kad International Warranty.

Digandingkan dengan jam Seiko Orange Night Monster.
Kedudukan crown yang berbeza.
Mempunyai persamaan lambang ombak tsunami, membuktikan kedua-dua jam ini mampu menyelam dan memang direka khas untuk aktiviti scuba diving.
Safety clasp kedua-dua jam ini mempunyai persamaan.
Jika anda menemui jam dengan Movement Malaysia seperti ini, maka jam tersebut merupakan untuk pasaran di USA sahaja. Menariknya, jam Seiko dengan movement Malaysia tidak pula dijual di Malaysia. Melainkan hanya untuk pasaran USA sahaja.

Mari kita hayati setiap sudut jam ini yang pasti akan menjadi idaman wajib para pengumpul Seiko Diver.
Bezel yang unik. Bahagian ini yang menyerlahkan keunikan jam ini.
Bentuk lug yang agak unik dan di luar kebiasaan jam Seiko Diver yang lain
Masih ada tag harga runcit di USA (USD 475.00). Jika di tukar dalam nilai mata wang Malaysia lebih kurang RM1,550.00 rasanya.. Betul ke? Kalau salah, sila betulkan.
Inilah kotak jam Seiko Samurai ini.
Spesifikasi:
Jenis: Jam Diver Automatic 200m
Calibre: 7S35
Crystal: Hardlex crystal
Dial: Black with knurled screw down crown
Bezel: Knurled unidirectional bezel (120 Clicks)
Case: Stainless steel
Case diameter: 45mm incl crown
Case thickness: 14mm
Water resistance: 200m
Bracelet width: 22mm
Bracelet/Strap: Stainless steel with wetsuit extension
Disertakan dengan Kotak Seiko, Manual dan warranty terhad.
Jam dalam keadaan memuaskan.
Brand New In Box (BNIB)
Jam ini belum terpakai. Cuma dibelek2 dan digosok-gosok sahaja.
Harga Ditawarkan: RM1,550.00 (Ada berani?)
New Owner: Anynomous
Pos Laju: en334491032my

2 comments:

  1. Wei..... jeles aku... haha.... macam pisang goreng panas.... hahaha....

    ReplyDelete
  2. Aku nak jual satu je sebenarnya.. Sekali pecah rahsia aku ternak samurai byk2 daa.. habis disapu org.. Xpa, pakai 1 ja cukup la.. Byk2 nak buat apa.. haha!!

    ReplyDelete