Jam Seiko Samurai Hitam ini hanya didatangkan dengan rubber strap Z22 dan merupakan jam terpakai. Walau bagaimanapun, setelah keluarnya gambar Seiko Samurai Hitam (SOLD) semalam, Uncle Ong terus menghubungi aku untuk bertanyakan tentang jam ini. Aku bagaimanapun agak keberatan untuk melepaskan jam ini kepada Uncle Ong. Uncle Ong terus sahaja mendesak dan terus mendesak.
Namun, setelah disogokkan dengan jumlah wang yang agak lumayan, akhirnya aku tidak terdaya lagi untuk menyimpan jam ini lama-lama.
Like New!! Itulah yang keluar dari mulut Uncle Ong..
Memang, memang macam baru, terima kasih kepada pemilik sebelumnya yang begitu menjaga dengan baik jam ini.
Generasi Seiko Samurai ini semakin pupus. Jika ada offer kat mana-mana, elok dapatkan segera walau dengan apa harga sekali pun. Dah payah sangat dah jumpa.
Sebelum berpindah milik, aku abadikan kenangan bersama buat kali terakhir dengan aksi pose manja sebegini..

Spesifikasi jam:
Movement: Automatic 7s35-00B0 (Terpakai) SNM011
Dial: Hitam
Jewels: 23 Jewels
Buatan: Jepun
Strap: Rubber Strap Seiko Z22
WR: 200 meter
Kalender: Date
Casing: Stainless Steel
Bezel: 120 klik
Tidak ada kotak & manual
Semua part Original
Ditawarkan dengan harga: RM1,250.00
Pemilik Baru: Uncle Ong, Dalat Sarawak
(P/S: Kalau saya jumpa bracelet Samurai ni, nanti saya inform Uncle)
No comments:
Post a Comment