Lama rasanya tak beli jam vintage. Tiba-tiba aku terpikat dengan Jam Timex.
Dah lama aku ingin memiliki jam Timex namun akhirnya aku terpaut kepada jam British Timex Manual Winding ini. Syarikat Timex mula diwujudkan pada tahun 1854. Tetapi mula dipasarkan dengan jenama TIMEX pada tahun 1946.

Slogan
It takes a licking and keeps on ticking dah menunjukkan kemampuan jam ini dengan ketahanan, lasak dan kekuatan tersendiri. Ujian penyeksaan pernah dirasai oleh jam-jam
Timex ini seperti jatuh atas
Grand Coulee Dam. Malah ada jam-jam Timex diuji dengan digantung dan dibaling ke dinding bagi menguji ketahanan jam-jam
Timex. Mungkin ramai yang memandang rendah jenama
Timex, tetapi inilah realiti jam
Timex, dikeluarkan untuk mampu milik dan tahan lasak...

Jam-jam military TIMEX digunakan oleh tentera darat dan tentera udara Amerika Syarikat dan British. Rasanya yang ini pernah digunakan oleh tentera British semasa perang dunia kedua.

Timex mula memasarkan jam-jam yang mampu milik. Tidak seperti jam-jam swiss pada masa kini, hanya mampu bagi golongan yang "berada" sahaja. Bagi yang ingin memiliki jam-jam swiss tetapi kurang berkemampuan, biasanya hanya mampu membeli jam-jam
vintage sahaja.

Cermin cembung jam ini menambahkan gaya klasik jam
Timex ini.
Bersadur warna emas dan lasak ini masih
water resistant. Tetapi bukan untuk menyelam..
Harga jam ini mungkin murah, tetapi tersirat kesenian dan nilai
vintage pada jam ini. Hanya peminat jam
vintage mampu menilainya..

Warna dial yang semakin pudar menambahkan nilai
Vintage sesebuah jam. Ada yang meminati kelusuhan jam. Semakin lusuh, semakin cantik bagi mereka. Aku pun tidak terkecuali apabila mula-mula memiliki jam ini. Biasanya kita akan menemui jam
Quartz dan
Automatik sahaja untuk jenama
Timex ini.
Manual winding agak sukar diperolehi.

Tali jam bukan
original Timex, tetapi menggunakan jenama
Camel. Agak selesa dan aku suka memusingkan
crown dia bagi menambahkan
power reserve dia.. Bagi yang malas membelek jam, jam
manual sebegini bukan untuk mereka. Sebaik-baiknya pilih lah
automatik,
Kinetik &
quartz. Jam
manual winding ini memerlukan anda sentiasa mengunci jam agar
power sentiasa ada...

Mungkin jam ini untuk ketenteraan (
military) pada masa dahulu.. Hmmm Jangan ada hantu datang dah ler..
Gaya pemakai jam ini. Bersaiz 36mm sangat sesuai untuk tangan kurus macam aku..hehhe!!!
Masih beroperasi dengan cemerlang & menepati masa..
Pemilik Baru: Jackson Jerome, KK Sabah
Seperkara yang menarik pasal Timex, harganya murah & berpatutan. Kualiti juga bagus. Cumanya, model auto diorang sekarang pakai enji China.
ReplyDelete