Debaran makin kencang apabila mula-mula menatap kotak ni..
Malah jenama ini gah tertulis di kereta Formula 1 salah satu pasukan F1 pada beberapa tahun yang lalu.. Sehebat Jam Tag Heuer & Oris juga pernah menaja pasukan F1.
Jadi tidak perlu dipersoalkan kehebatan & prestij Tissot dalam dunia Horologi moden..
Terdapat manual di sebelahnya, ditutup dengan penutup dia la..
Tebal-tebal buku dia.. Aku belum khatam lagi ni...
Semua ada di jam diver 300m ni.. Bezel hanya boleh berputar satu arah dengan mengeluarkan bunyi tik tik tik yang kuat!! Bunyi klik dia sahaja sudah membuktikan kegagahan jam ini untuk menyelam pada kedalaman 300m!!!
Agak besar dan berat.. Lepas ni, boleh la tumbuh muscle aku kalau aku pakai hari-hari...
Clasp jenis klip sahaja..
Original Buckle ni tertulis Seastar & lambang T (Tissot)
Crown jenis Screw Lock!! Seperti Diver-diver yang lain.. See Thru Caseback.. Tak payah gatal tangan nak bukak semata-mata jamu mata tengok enjin... Best betul la...
Di Rotor tertulis 25 jewels Swiss Made
Di Rotor tertulis 25 jewels Swiss Made
Akhirnya pencarian jam 300m berakhir.. Lepas ni berehat dulu.. Dah taktau nak cari jam diver apa dah.. 150m ada, 200m ada, 300 meter ada.. Mungkin lepas ni cuba Submariner.. Mana la tau kena naik kapal selam pulak lepas ni.. so stanby Submariner.. haha!!! Thanks Bro Timur...
Hilang Penyu berganti Seastar, Ibarat bulan jatuh ke riba... Isy! Pantun ke apa ni..
Hilang Penyu berganti Seastar, Ibarat bulan jatuh ke riba... Isy! Pantun ke apa ni..
The End...
Beso juga ye.... kalau ko tak ambil jam ni... aku dah sebat dah. Huhuhu...
ReplyDeletejual ke janm nie?
ReplyDeletedah jual bro.. huhu!!
Delete