Pages

Tuesday, July 19, 2016

Perodua Bezza 2016


Perodua Bezza yang bakal dilancarkan pada hari khamis ini 21 Julai 2016. Sedan yang pertama dari Perodua dan berkonsepkan EEV (Kenderaan Cekap Tenaga). Mempunyai tiga varian iaitu Standard, Premium & Advanced. Mempunyai dua pilihan enjin 1.0L dan 1.3L.





Didatangkan juga dengan pakej Gear Up untuk upgrade kereta kepada lebih sporty.



Brosur Perodua Bezza. harga dalam lingkungan RM37,000-RM51,000 mengikut varian.


Walaupun bukan pesaing kepada Perodua Bezza, Proton Persona baharu 2016 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi juga memberikan pilihan kepada yang inginkan prestasi yang lebih baik dan selesa.


Lebih dikenali sebagai Proton "Iriz Sedan". Harga kemungkinan dalam segmen B tempatan RM52,000-RM62,000 dengan enjin 1.6 VVT.

Inginkan kenderaan yang ekonomi dan kos penyelenggaran yang rendah serta tidak memerlukan prestasi enjin yang kuat, Perodua Bezza ialah pilihannya. Namun jika pelanggan inginkan kenderaan yang mempunyai prestasi enjin yang berkuasa dan selesa, Proton Persona adalah pilihannya.

1 comment: