Proton Persona 2016. Tampil bergaya, perubahan 100% dari generasi sebelumnya.
Seperti Proton Iriz, lampu depan terdapat cetakan Proton.
Enjin Campro VVT 1.6 yang menjana 107 hp dan 150nm Torque. Dilengkapi dengan 5 kelajuan manual dan CVT dari Punch Powertrain.
Interior sama seperti Proton Iriz.Boleh dikatakan Iriz versi sedan. Tetapi Proton memilih nama Persona kerana rekod yang baik sebelum ini. bagus juga. nanti terdapat perbandingan dan penambahbaikan dengan model persona generasi sebelumnya. Jika Iriz Sedan digunakan, maka tiada perbandingan yang jelas kerana model terbaru.
Tiada jahitan benang putih seperti Proton Iriz pada seat.
Kusyen yang empuk. Ada yang suka kusyen empuk, ada pula yang tak suka.
Cuma secara visualnya, roda belakang nampak kecil walaupun telah dipasang dengan rim 15 inci. Mungkin silap mata digunakan di situ. Entahlah.. Pada saya, Proton Iriz masih lagi memberikan spesifikasi yang terbaik. Kerana Proton Iriz memiliki day time running light (DRL), perehat kepala (head rest) yang boleh laras di kerusi belakangnya, lampu utama jenis projekor dan jahitan benang putih pada seat kulit. Proton Persona 2016 ini kurang empat benda tersebut.
Oh! ya, mana boleh bandingkan sedan dan hatchback.. lupa pula.. Tetapi kereta Proton semua berat-berat ye? yang ini 1,210kg. Rata-rata kereta sedan segmen B ni dalam lingkungan 1,050kg-1,150kg sahaja. yang ini juga menyumbang mengapa Proton sukar mencapai kereta bertaraf EEV. Apa-apa pun, usaha yang baik.

No comments:
Post a Comment