Pages

Wednesday, May 15, 2013

Bungkusan Berisi UFO (SOLD)

Al kisah aku menerima satu bungkusan hari ini. Bungkusan yang kemas menunjukkan pemilik sebelum ini begitu cermat dan mengutamakan pelanggan. Patutlah ramai yang memuji seller ebay ini mengikut rating yang dicatat.
Bungkusan besar di dalamnya terdapat lagi bungkusan kecil. Kedua-dua sampul ini merupakan sampul plastik buble.
Lepas tu diletakkan di dalam kotak cermin mata rasanya ni. Cukup selamat untuk diletakkan jam untuk dipos menggunakan kurier.
Dalam kotak cermin mata diletak lagi plastik buble ni. Cukup berwaspada dan mengutamakan kepuasan pelanggan.
Lepas dibuka plastik tu, barulah terpampang jam ni. Rupanya jam Seiko Chronograph Automatik UFO. Ada yang gelar jam ni Big Small Eye. Keluarga jam 6138 yang menggunakan 2 register tak seperti keluarga jam 6139 yang hanya mempunyai satu register sahaja. Seiko 6138-0011 ini merupakan koleksi wajib kepada penggemar Seiko Chronograph Automatik kerana keunikannya yang besar dan berat.
Dial dan jarum jam ini masih original namun masih berkeadaan baik. Boleh klik gambar untuk lebih jelas. Nampak kesan menuaannya. Insert bezel jam pun masih original dan nampak sedikit calar hasil penggunaan yang sedikit lasak.

Pusher dan crown jam masih original. Tengok corak pada pusher jam ini. Sesuatu yang jarang ditemui pada jam Seiko UFO kebelakangan ini. Kebanyakan jam Seiko UFO ini telah ditukar pushernya dengan pusher bullhead yang tidak ada corak garisan seperti di gambar bawah ini.


Boleh tengok pada jam gambar di atas ini jelas garisan pada pusher jam UFO ini. Jarang ditemui, kalau ada pun harganya pasti melambung tinggi.

Namun agak menyedihkan cermin jam ini telah ditukar dengan cermin baru yang agak cembung dan tinggi. Lagi bagus sebenarnya kalau ditukar cermin. Jika cermin lama, biasanya cermin lama mudah pecah kalau berlaga sedikit. Dari sudut ini kita boleh nampak kecembungan cermin jam ini. Namun bagi yang mengikuti blog ini dari dulu lagi, kegemaran aku ialah jam yang mempunyai cermin yang tinggi dan cembung sebab jam nampak klasik. Casing telah dipolish dengan baik. Bersih sahaja rupa jam ini. Menampakkan keadaan asal jam ini brush finishing pada casing jam.

Caseback tertera nombor sirinya pada bulan April 1976 pun dah dikilatkan dengan baik bersinar-sinar. Bertanda water resistant, kalau generasi awal Seiko UFO ni bertanda waterproof pada caseback. Sedikit calar disebabkan oleh tali stainless steel jam. Bracelet jam ni baru aftermarket bukan original bertanda Seiko. Sekarang saya cuba mencari tali original jam ni. Sesiapa yang ada sila roger & out aku. Kena guna tali kulit atau getah untuk mengelakkan caseback jam calar balar. 



Perhatikan day kat tetingkap hari dan tarikh bertulisan Kanji/Jepun. Ciri-ciri yang agak menarik pada jam ni. Agak menarik untuk menjadi simpanan dan ternakan peminat Seiko Chronograph.

Movement yang telah diservis dan sedia untuk dipakai.

Jam ini untuk dijual kepada yang berminat pada harga Terjual sekali dengan pos laju ke seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment