KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan mengeluarkan model baharu menjelang suku ketiga tahun depan dan dijangka mencipta pasaran baru, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh.
Beliau berkata Perodua akan terus menekankan dan melabur untuk meningkatkan kualiti, kos dan penghantaran model baharu itu dan menjangka menjualnya pada harga yang paling mampu dimiliki.
"Sama ada ia akan menjadi yang paling murah di pasaran, bergantung kepada masa, tetapi kami pasti akan mengeluarkan model yang paling cekap dari segi bahan api di kalangan model-model kami dan harganya sama dengan model termurah kami atau lebih rendah," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perodua di sini hari ini.
Model asas Viva yang berada di pasaran kini berharga RM24,900 atas jalan raya.
Aminar Rashid berkata Perodua telah menyelesaikan kajian daya maju untuk mengeluarkan kereta kompak sedan.
"Kami akan terus mengeluarkan kereta kompak dan memanfaatkan kekuatan kami sebagai pembuat kereta kompak," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pembeli yang berminat dengan model baru itu boleh melihatnya di Pameran Motor Kuala Lumpur 2013 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 15-24 Nov, 2013. - Bernama
Mungkin kah ini model yang dikatakan bakal mejadi kereta termurah di pasaran Malaysia tahun depan? Kalau macam ni, aku berminat untuk menukar Perodua Viva 850 aku yang sekarang ni keluaran bulan Mei 2007 dengan model ni. Desas desusnya Perodua akan menggunakan platform Daihatsu Ayla/Toyota Agya ini. Harapnya begitulah. Tak perlu bersaing dengan Proton dalam pembuatan kereta Sedan. Konsisten dengan model Kompak yang menjimatkan minyak sahaja. Harap jangan terlalu banyak varians seperti Model Viva sekarang ni. Tak best! Letak dua varians standard & advance pada aku dah cukup.
Hutang PTPTN pun baru habis bayar. Dan bakal dapat diskaun 20%! Alhamdulillah. Akhirnya perit jerih membayar secara konsisten sejak mula-mula bekerja 7 tahun lalu berakhir. Syukur di atas rezeki pemberian Allah S.W.T bagi membolehkan aku membayar pinjaman pendidikan. Bolehlah tukar Viva kepada model baru kereta kompak tahun depan untuk kegunaan harian.
No comments:
Post a Comment