Pages

Monday, July 8, 2013

Ramadhan 1434 H

Tarikh bulan puasa awal ramadhan 2013 di Malaysia jatuh pada 10 Julai 2013. Bulan ramadhan di sambut oleh seluruh umat islam di seluruh negara dimana umat islam akan berpuasa dan menahan dari lapar dan dahaga di siang hari. Mengikut dalam kalendar Islam, 1 Ramadhan 1434 jatuh pada 10 Julai 2013. Terdapat banyak kelebihan ganjaran dan pahala apabila berpuasa di bulan ramadhan.

Kepada semua blogger Koleksi & Jualan Jam, selamat berpuasa diucapkan kepada semua muslimin.

Kelebihan Bulan Ramadhan
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.

Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan. 



No comments:

Post a Comment