Pages

Monday, July 9, 2012

Orient 2ER00001B Automatic 21 jewels


Ramai yang menggelarkan jam ni sebagai "Orient Submariner" kerana pengaruh dari design Rolex Submariner Date yang menjadi idaman ramai tu. Rekabentuknya yang sangat evergreen menjadi ikutan kebanyakan pembuat jam tangan.

 Kotak berwarna hitam. Jam yang aku beli sebelum ini berwarna hijau. Apa-apa la, janji kotak jam Orient.

 Jam siap dengan tag Orient.

 
Alamak, lupa pulak nak rotate gambar di atas.. pandai pandai la korang sengetkan kepala tengok gambar ni.. huhu!! Buku tu rupanya bukan buku manual. Tetapi kad warranty. Jam Orient sebelum ni aku beli takde buku warranty. Dah tak dikeluarkan lagi dan sangat sukar unutk

Cantik di tangan. Walaupun agak murah & cuma 100m water resist, tapi lebih baik dari membeli replika Rolex. Harga mungkin mahal sikit dari Replika Rolex.

 Saiz 39.5mm sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai pergelangan tangan yang kecik.

 Pakai bracelet lagi lawa. Tapi nanti nak cuba pakai tali nato ala-ala James Bond. Haha!!

Aku bukan apa, suka tengok jam yang ada cyclop untuk pembesaran nombor tarikh pada tingkap tarikh tu. Bagi aku, cyclop tu nampak seperti penyeri cermin jam. Mungkin ada yang tak suka pasal cermin jadi tak rata. Lain orang lain pandangan.

Cuma yang aku tak puas hati pasal end link bracelet ni jenis bukan solid dan takde extension clasp seperti Rolex Submariner date atau pun seperti Seiko Diver's. Bracelet pun agak nipis tetapi cukup selesa dipakai. Movement jam ni pastinya kurang menarik perhatian penggemar jam. Pasal takda winding & hack. Tolak 2 markah di situ. Dah la tu, 21 jewels 21600 bph saja! Itulah ngomelan yang aku selalu dengar pasal jam ni. huhu! Bezel dengan 60 klik dan agak mudah untuk diputar. Crown jenis screw down. Boleh bawak mandi.

Sesuai digunakan setika memandu Perodua Viva. Kalau pakai Rolex Submariner date kena pakai kereta yang lebih mewah sikit. Mercedes, BMW, Toyota Camry ke, paling busuk pun Proton Perdana.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringin jugak untuk mendapatkan lagi satu jenis "Orient Submariner" ni. Yang mempunyai logo Orient ni. Dengar kata model ni merupakan jenis cermin Sapphire dan harganya lebih mahal dari yang aku punya. Jika kawan-kawan ada informasi mengenai model ni, sila inform saya.. Terima kasih..

12 comments:

  1. Cantik bro...jam ni dah semakin susah nak carik sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa, Invicta lawa gak, tapi gigi bezel dia unik sikit..

      Delete
  2. .... musim sub da melanda !! syabas...jam yg hensem :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Design evergreen bro.. tak dapat pakai Rolex Sub, pakai yang homage pun dah ok.. Sandoz Sub tu yang paling dekat selepas Tudor Sub.. Orient ni nampak je dah dekat design, tapi banyak yang tak sama jugak..

      Delete
  3. Bukan ko dah ada ke jam ni dulu? Ke aku yg silap? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada bro. Tapi tersold da.. Pastu gi cari yang baru bila jam yang best dah takde untuk gi kerja.. haha!! Jam ni yang paling aku rasa selesa pakai untuk hari2.. Saiz dia sesuai bro.. haha!! tangan kita kan kecik..

      Delete
    2. O.. betul la apa yg aku rasa tu... Hehe.. Aku pernah ada jam ni dulu. Mmg lawa...

      Tangan kita bukan kecik bro... tp cute.. hahaha

      Delete
  4. sik comel punnnnnn....

    ReplyDelete
  5. beli kat mana. brapa harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli ngan Hazrin blog iramamasa. Harga permulaan RM500++ belum diskaun.. Cuba contact dia ada stok lagi ke tidak..

      Delete