SARATOK: Buaya jantan yang dipercayai membaham isteri Tuai Rumah
Embol Asom dari Sungai Anak, Pelunga Roban, dua minggu lalu berjaya
ditewas setelah memakan pancing berumpan-kan anjing yang dipasang pawang
buaya Indet Sanabong.
Kepastian bahawa buaya ter-babit adalah
Bujang Seblak yang bertanggungjawab membaham Siah Monsung adalah
berdasarkan terdapat kesan tembakan di bawah dagu buaya terbabit yang
masih jelas kelihatan.
Perkara ini turut mendapat kepastian
daripada pawang buaya Indet Sanabong yang terkenal dengan pengalaman
selama 34 tahun dalam bidang memburu buaya.
Buaya sepanjang 12
kaki itu berjaya didaratkan oleh Indet bersama seorang pembantu dan dua
penduduk kampung ter-babit pada sekitar jam 8 pagi semalam.
Berdasarkan
cerita yang di-sampaikan oleh penduduk kampung terbabit, satu tepukan
di kepala reptilia terbabit telah menyebabkan ia terus diam dan menuruti
kata-katanya (Indet).
“Pada mulanya, buaya yang terkena pancing
pawang yang hanya bertali rotan itu begitu kuat meronta dan seolah-olah
mahu menyerang balas.
“Namun sebaik sahaja pawang berkenaan
membaca menteranya dan menepuk di kepala buaya tersebut ia terus
berhenti dan seolah-olah menjadi bodoh dan menuruti segala perintah
pawang berkenaan,” cerita mereka yang ditemui oleh pemberita semalam.
Sementara
itu, Indet, 49, yang ditemui Utusan Borneo ber-kata beliau amat yakin
buaya yang membunuh isteri Tuai Rumah Embol adalah buaya yang berjaya
ditewaskannya itu.
“Salah satu bukti yang paling nyata kita dapat lihat ialah satu kesan tembakan yang terdapat di bawah dagu buaya ini.
“Tambahan
pula, tugas saya selaku pawang buaya ini adalah hanya menewaskan
mana-mana buaya yang pernah berbuat dosa iaitu dengan menjadikan manusia
sebagai mangsa mereka atau dalam bahasa Iban ‘Puni’, memakan daging
manusia.
“Ini bermaksud mana-mana buaya yang pernah memakan daging
manusia akan dikira berdosa dan saya yakin ia tidak akan terlepas dari
memakan umpan yang telah dipasang dan semua perkara itu sudah termeterai
dalam perjanjian men-tera saya,” jelas Indet.
Tambahnya, buaya
terbabit telah memakan umpan yang telah dipasang mereka di kawasan Lubok
Sungai Nyiar, iaitu kawasan buaya besar ber-kenaan sering timbul.
“Tugas
saya memancing buaya di Sungai Seblak untuk memburu buaya yang
bertanggungjawab akan saya hentikan hari ini (semalam) kerana saya yakin
bahawa buaya yang bertanggungjawab dalam melakukan serangan terhadap
isteri Tuai Rumah Embol telah berjaya ditangkap,” katanya.
Pada
seminggu lepas Indet juga telah berjaya menewaskan dua ‘orang kanan’
Bujang Seblak iaitu seekor buaya jantan yang dikenali sebagai Bujang
Muara sepanjang 9.2 kaki dan seekor buaya betina dikenali dengan
jolokan ‘Dara Nanga’ sepanjang 8.9 kaki.
Kedua-dua buaya terbabit
telah memakan umpan yang dipasang oleh Indet di kawasan kira-kira satu
kilometer dari muara Sungai Anak.
Sementara itu, pihak Sarawak
Forestry Corporation (SFC) yang turut sama melancarkan gerakan memburu
buaya bermasalah di Sungai Seblak sejak beberapa hari lepas turut
mendapat seekor buaya betina sepanjang sembilan kaki berhampiran muara
Sungai Anak.
Pada masa yang sama, buaya yang diberikan jolokan
penduduk setempat dengan nama Bujang Seblak telah dibawa ke pekan Roban
dengan menggunakan bot dari Sungai Anak.
Ketibaan buaya terbabit
di pekan kecil Roban ‘disambut’ oleh ribuan penduduk yang telah bersedia
untuk melihat sendiri buaya berkenaan dan ia telah dibawa ke balai
polis untuk tindakan yang selanjutnya iaitu pengumpulan data.
Namun
begitu pelbagai persoalan timbul daripada mulut masyarakat setempat,
khususnya yang pernah bertembung dengan buaya terbabit di sungai
berkenaan.
Persoalannya, adakah buaya berkenaan betul-betul Bujang
Seblak atau buaya biasa kerana buaya yang diberi jolokan Bujang Seblak
menurut penduduk mempunyai saiz yang amat besar, iaitu saiz belakangnya
hampir menyamai sebuah kereta Kancil.
Tetapi buaya yang berjaya
ditewaskan bersaiz sederhana sahaja kata mereka dan ia terus menjadi
tanda tanya adakah buaya yang sebegitu besar ada wujud di Sungai Seblak
atau sebaliknya.
Sekitar jam 4 petang semalam, buaya terbabit
dibawa semula ke Rumah Embol di Sungai Anak oleh pihak SFC untuk
dibedah isi perutnya bagi pengumpulan data sebelum ia
dikuburkan.
takut nenga psl boyak2 tk eh..ndak brani main kt aik
ReplyDelete