Pages

Sunday, October 23, 2011

Merkava Tank vs Stargate

Kereta Kebal Tempur Utama buatan Israel ini merupakan salah satu daripada top 5 kereta kebal Tempur Utama (MBT) terbaik di dunia ketika ini. Telah menunjukkan potensinya sejak perang 6 hari dengan Syria di mana, Merkava berjaya memusnahkan lebih 150 buah MBT T-55 buatan Soviet milik Syria. Warna Merkava disesuaikan dengan bentuk muka bumi Israel yang dikelilingi dengan padang pasir dan dikelilingi negara Arab yang menjadi musuh ketat Israel.


Israeli Defend Force (IDF) telah membangunkan model Merkava ini untuk menentang kereta kebal milik negara arab keluaran Soviet seperti T-55, T-62 dan T-64 pada masa tersebut.



Mempunyai 4 krew untuk mengoperasikan Merkava ini; Driver, Reloader, Gunner & Commander. Berbanding dengan MBT milik Malaysia PT-91M pendekar yang hanya 3 orang; Driver, Gunner & Commanader kerana MBT buatan Rusia/Soviet biasanya menggunakan Automatic Loader berbanding MBT Merkava manual loader. Kebaikan sistem manual loader ini ialah, tidak akan berlaku "jem" pada sistem tembakan. Perkara ini berlaku kepada MBT Iraq yang gagal menembak MBT Amerika Syarikat masa perang teluk dahulu akibat "jem" pada sistem automatic loader akibat debu padang pasir. Harap perkara "jem" ini tidak berlaku kepada MBT Pendekat milik Malaysia nanti. Insyaallah...



Berat MBT ini menjangkau 62-68 tan! Sebagai perbandingan, MBT Pendekar Malaysia cuma 46 tan. Merkava ini dalam kategori MBT berat akibat badan perisai yang lebih tebal dan kuasa kuda enjin sehingga 1,500 kuasa kuda untuk menampung berat MBT.

Walau sehebat mana pun MBT Israel ini, kelemahan setiap MBT di dunia ini tetap daripada tembakan peluru anti-tank. Tengoklah bagaimana penjuang Hezbollah memusnahkan tank mewah Israel ini hanya menggunakan RPG 7 yang pelurunya hanya berharga kurang RM2000 sahaja berbanding Merkava yang mencecah US$ 4-6 juta!!



Malah boleh diterbalikkan sebegini oleh pejuang gerila Hezbollah mahupun pejuang Palestin jika kena caranya. Akibat takutkan periuk api anti tank inilah, semasa peperangan Israel-Hamas di Gaza Palestine pada Disember 2008, pihak Israel enggan melalui jalan-jalan bertar di Gaza, sebaliknya memusnahkan rumah-rumah di Gaza dan MBT Merkava ini berjalan di atas runtuhan rumah dan bangunan di Gaza bagi mengelakkan daripada serangan periuk api anti tank pejuang Hamas.



Model Trumpeter sekala 1/114 menjadi salah satu koleksi dalam simpanan kerana prestasi MBT dalam 10 MBT terbaik dunia. Bukanlah bermakna aku penyokong pihak Zionist.. Tetapi tertarik dengan teknologi yang ada pada sesuatu MBT yang pernah terlibat dalam peperangan besar suatu ketika dulu, seperti juga model Rusia T-72 yang reliable sehingga kini dan masih dalam operasi sesebuah pasukan pertahanan.



Muncung meriam pendek, tapi tembakan menjangkau 3KM!! Berbanding meriam T-55 dan T-62 Soviet yang sekitar 1.5KM - 2KM sahaja. Salah satu kelebihan Merkava berbanding MBT Syria pada perang 6 hari!! Muncung meriam panjang, tapi tembakan tak jauh.



Dengan berat 62-68 tan, MBT ini mampu menggilis kereta mahupun bangunan sekalipun. Kalau setakar jam Seiko Stargate ni, tak pandang langsung dia nak gilis. Aduiyai!!



Ton warna model ini mirip seperti warna Merkava Israel yang sebenar. Seronok tengok sebagai perhiasan di sebalik jam-jam koleksi kita.

Setakat ni cuma ini yang ada dalam koleksi. Sebelah kiri yang ada tangki minyak tambahan itu model dari Soviet Union kiri atas T-72 Soviet dan bawah T-55 Iraq, Lion of Babylon. Sebelah kanan atas M1A1 Abrams buatan Amerika Syarikat dan kanan bawah Merkava Israel. Keempat-empat ini bersedia untuk bertempur!! Kesemua didatangkan dengan kotak original dan maklumat sebenar sesuatu model.

6 comments:

  1. Bro, aku berminat jugak pasal military ni.. Tank-tank berat seperti Abrams, Merkava, Challenger, Leopard ni ketebalan perisai dia dah ditebalkan berbanding tank Malaysia. Walaupun T-72 Iraq mengalami kekalahan teruk di operasi desert storm, prestasi upgrade T-72 Malaysia menjadi PT-91M tidak boleh dibandingkan dengan bentuk muka bumi padang pasir dengan hutan hujan panas & lembab di Malaysia. Di Malaysia, bentuk muka bumi dengan tanah gambut, hutan dan pokok getah & sawit yang ditanam di sebahagian besar tanah di Malaysia mampu memberi kelebihan kepada PT-91M pendekar malaysia sebab lebih ringan & laju. Pasti ancaman sebenar Malaysia, Singapura akan menghadapi masalah besar dengan tank Leopard mereka yang berat itu jika berjalan di muka bumi hutan di Malaysia. Jadi pemilihan PT-91M adalah pilihan yang agak tepat untuk kewangan negara & strategi peperangan hutan Malaysia. Tahniah ATM!!

    ReplyDelete
  2. Tak penyek ke jam ko tu? Hehehe

    ReplyDelete
  3. jual ke bro? brp harge? berminat

    ReplyDelete
  4. Koleksi sendiri.. Dalam RM30 sebijik sekali kotak dia.. Kalau nak Kecik je ni bro.. Nak yang besar skala 1/72 yang paling best. Rantai boleh berpusing..

    ReplyDelete
  5. Tapi kenyataannya dibuat bulan2an oleh tentara hizbulah, 23 tank dari 35 yang digunakan berhasil dihancurkan akibatnya Amerika dan Malaysia tidak jadi beli......

    ReplyDelete
  6. Malaysia nak beli K1 dari Korea, memadangkan berat tank tu tak kena dengan muka bumi malaysia, maka ditukar dengan PT-91M yang telah diupgrade menjadi salah satu tank yang digeruni untuk peperangan di tanah gambut dan berpaya..

    ReplyDelete