Pages

Sunday, March 6, 2011

Preview: Seiko Snow White?

Sebenarnya gelaran untuk jam ini ialah Seiko Snow Monster. Dikatakan keluaran terhad (Limited Edition) khas untuk pasaran Amerika Syarikat (USA) terbaru tahun 2011.
Sebelum ini, Edisi Terhad Seiko Monster kita hanya tahu keluaran berwarna biru, merah dan kuning sahaja pada asalnya. Kini terdapat dalam warna hijau dan putih. Warna hijau dikatakan khusus untuk pasaran Thailand. Entah kenapa Malaysia tidak terpilih untuk menerima Seiko Diver Edisi Terhad. Kalau ada pun nanti, aku rasanya mesti dial yang berwarna belang merah putih dengan gabungan warna biru dan kuning. Macam mana tu ye? Lagi hebat kalau digandingkan warna Harimau Malaya belang kuning dan hitam. Siapa-siapa yang rapat dengan dealer Seiko ni, boleh utarakan cadangan ini. Mana tahu, dapat jugak rakyat Malaysia menikmati edisi terhad Seiko Monster ini ni ye?

Boleh didapati di ebay. Keistimewaan jam ni ialah font di bezel berwarna biru. Dial putih dengan chapter/inner ring biru belang putih. Nampak jam ini seperti aiskrim kerana seperti sejuk sahaja. Cyclop pada day/date dia. Hanya terdapat 2555 unit sahaja dikeluarkan di dunia ini. Nampaknya, Seiko Red Monster dan Yellow monster masih gah dalam kelas Edisi Terhad Seiko monster dengan keluaran cuma 1313 unit dan 313 unit sahaja masing-masing.

Kotak edisi Terhad, boleh klik ebay untuk membeli atau saja cuci-cuci mata.

Yang lain pada aku sama je. Bracelet stainless steel & movement kapcai 7S36B 23 jewels (istilah thetick-thetick hehe!!!). Tiada keistimewaan yang lebih sangat pun. Harga? Mau kena RM3K beb!! Movement 7s26 dengan harga RM2.8K? Berbaloi ke? Berbaloi kepada yang sukakan kelainan dan yang penting tertulis Limited Edition. Satu kepuasan kepada pemilik dan penternak jam Limited Edition!!! Kepada pencinta movement, mungkin sangat tidak berbaloi. Hanya kerana Cyclop dan perkataan merah Limited Edition, harga mencanak naik berganda.. Perrgghhh!!!

Gambar aku save as je dari ebay.. Saja je nak tambah post.. Nanti sunyi pulak blog ni. hehe!!

Simpan gambar pun jadilah kalau tak dapat jam nya.

Kotak & warranty kad yang mempersonakan. Err.. rasanya jam ni dipasang di China kot? Tengok kotak Seiko warna biru tu.. Satu lagi kelemahan jam Seiko Diver keluaran terkini tidak lagi dipasang di Jepun. Mungkin dipasang di China atau Singapura. Hmmm... Nampaknya Jam Seiko Diver Vintage akan tetap diminati dan diburu untuk masa-masa yang akan datang.

Lawa betul kotak jam ni. Ada siapa-siapa yang ingin mendermakan aku RM3K untuk aku beli Seiko Snow Minster ni? Sangat dialu-alukan. Budi baik kalian akan terus dikenang.. hehe!! Cis!!!
Simpan gambar je la..

3 comments:

  1. RM3k!!! HAdoi... Mahainya... Kalau gila jam limited boleh la beli... At least kalau depa guna movement lain pun best kan? 4R16 kan ada... Hadoi...

    ReplyDelete
  2. Betoila aku tengok, macam ais krim vanilla! Amat menyelerakan ...

    ReplyDelete
  3. Tu la.. kalau guna movement 4R16 paling koman pun berbaloi gak.. Kalau 6R15 mungkin makin mahal ye tak? Ni 7S36 jugak dia boh.. Hmmm... Bagusss!!!

    ReplyDelete