Pages

Wednesday, January 5, 2011

Seiko Diver's 200m 23 Jewels

Rasanya dah lama aku tak review jam. Maklumlah dengan kesibukan sekarang, nak meninjau jam pun dah takda masa.
Penantian aku dengan penuh debar akhirnya berakhir semalam (5 Januari 2011) apabila sebungkus Poslaju menerpa ke tangan aku. Posmen kat Mukah ni banyak yang ambil cuti krismas & tahun baru.. tu yang lambat sampai ke tangan. HuHu!!
Inilah dia Seiko Diver's 200m keluaran terbaru. Jika dilihat kepada nombor sirinya yang bermula dengan nombor 09**** ni menunjukkan jam ini keluaran September 2010. Pergh!! Baru keluar kilang ni!! Disebabkan aku belum lagi ada jam diver dengan movement 7S36 23 jewels ni, maka aku dengan paksa rela, beli jugak la Seiko Diver ni.
Sangat selesa di tangan dengan design casing yang melengkung.
Nah.. tengok.. Lengkungan casing jam ini mengingatkan kita kepada design Ahli Gusti Jepun, SEIKO SUMO. Crown yang terlindung di antara casing pulak mengingatkan kita kepada Si Penyu SEIKO 6309-7040. Bezel jam ni lebih berani dengan design yang "terkeluar" sedikit untuk memudahkan jari kita memutarkan bezel.
Aku pakaikan dengan tali kulit agar nampak lebih cantik dan casual untuk ke pejabat. Nampak garang dengan marker pukul 12 seakan marker Seiko Marine Master dan Tok Penyu SEIKO 6105-8110 (Salah satu kriteria penting aku dalam pembelian jam ni). Jarum minit berwarna merah sangat menonjol dan sangat sesuai dengan crown. Bezel hitam yang dilitupi dengan PVD memberi gambaran kepada Pahlawan Seiko Black Samurai pulak!! Jarum jam ni memberi gambaran kepada SEIKO SUMO dan SEIKO SAMURAI. (Jarum Hour mcm Sumo, Jam saat memang sah ikut Samurai. Tang jarum minit dia buat kaler merah tu ntah ngikut sapa ntah!!)
Errkk!! Cuba tengok kat inner bezel tu.. "Lari" sikit la dari pada marker pukul 12 tu.. adoi!! Takpa, perkara kecil ja.. boleh selaraskan balik nanti.. Janji movement 7S36 23 jewels dah masuk dalam koleksi aku. What next? Movement 6R15??!!
untuk lebih aksi panas jam ni sila klik:
Nantikan kemunculan jam ini dengan keadaan originalnya pula nanti!!

10 comments:

  1. Wah! Tahniah bro! Jam tahun baru!!!

    Jam ni mmg mantap bro. Mmg ok sgt.

    ReplyDelete
  2. Jam tahun baru.. Geram tengok design berani jam ni.. Walaupun tidak gah seperti Seiko Samurai & Seiko Monster, tapi jam ni memberi gambaran kesemua lagenda Seiko Diver dalam satu design jam dengan harga yang boleh diterima akal.. haha!!!

    ReplyDelete
  3. Tu la... ciri2 6105 pun ada. Aku mmg tertarik hati tul. Cermin tebal & dial tu nampak seolah rapat je ngan cermin. Berat & sedap dipakai. Aku berkenan yg rose gold walaupun pelik diver rose gold... tp aku dah suka nak buat camno. Haha

    ReplyDelete
  4. Ada ke diver ni yg kaler rose gold? lawa gak kalau ada.. Lain dari yang lain... Haha!! bukan nak bawak menyelam betul pun.. Perasaan yang perasan tu yang lebih.. haha!! Nak cicah air paip pun aku takut jam ni.. apatah lagi nak benam dalam air laut yang masin tu.. wakaka!!

    ReplyDelete
  5. Ada bro. Check kaf FB. Gambo yg lepas2. Hehe.. Aku suka yg rose gold tu. Gambo jam tu skali dgn model PVD

    ReplyDelete
  6. Lawa kaler rose gold tu.. cis!! Tapi agak2 lama2 rose gold tu boleh luntur x? Mcm bezel jam ni pun kalau calar, terkopak boleh nampak stainless steel kat bezel dia.. Kena jaga betul la, jgn bagi calar & turun kaler dia..

    ReplyDelete
  7. Tu la ketahanan jam rose gold aku tak pasti camno. Tp beberapa jam bini aku ok lg. Citizen punya gold paling ok. Seiko takda lg yg gold. Ada Orient & Citizen

    ReplyDelete
  8. rolex replica watches said... "When the need to keep tabs on those seconds is more essential than ever, it seems the concept of a wrist watch has become that of a status symbol rather than a practical chronometer".

    ReplyDelete
  9. hai baru jumpa blog ni..
    ko ni cm terrer je psl jam kn...so nk tny sikit
    reti x nk tkr bateri jam kayu?
    cuz aku da hantar kat kedai but kedai tu ckp x leh.. org kedai tu da mencacatkan jam tu sikit..haih..
    apa2 plz emel aku kat minx_1205@yahoo.com.my / norazlin1205@gmail.com
    (in case ko nk aku emel gmbr jam tu ke..ok?)

    ReplyDelete
  10. Alamak kayu tak penah tgk. Biasa kat jam tangan je. Selain tu, pengetahuan pasal jam aku zero..

    ReplyDelete