Pages

Monday, August 9, 2010

Preview: Arbutus Automatic Sub Second Date New York

Jenama yang kurang popular di kalangan peminat jam.
Namun aku tertarik tatkala pelajar aku sedang mengoyang-goyangkan jam dia. Aku tengok lah dekat-dekat, rupanya dia memakai jam automatik. Terus aku mintak dia lucutkan dari tangan. Seolah-olah cikgu displin, serius giler, namun tersenyum tatkala dapat memegang jam ni. Aku perhatikan dari segala segi. Jam ini jugak dapat hand winding (kunci).
Caseback jenis thru see. Boleh nampak movement dia yang menarik dan tertera Arbutus New York.
Crown dengan sign A untuk Arbutus.
Di lengkapkan dengan tali kulit dan deployment buckle. Cis!! Anak murid aku pakai jam automatik. Haha!!!
Pandangan dari jarak yang jauh sedikit. Nampak keseluruhan dari pandangan belakang jam.

Subsecond terletak di sebelah kiri. Manakala date di pukul 3. Jenis date ini yang menariknya ialah, dapat tahu tarikh esok, dan tarikh semalam di samping menunjukkan tarikh hari semasa.

Ni dia tangan pelajar aku tengah pakai..
"Hukuman untuk awak, berjemur kat tengah padang.."
haha!! Haha! Takde la, aku ajak dia jalani sesi fotografi di tengah hari.. Tengok pukul 12 tengahari tu... hehe!!

6 comments:

  1. arbutus ni ok bro.ada satu aku rekemen dgn member beli jam ni.hrga lepas diskaun dlm 500++ la.auto,bole hand winding lg.saiz dia yg mengancam tu.jam ni pun aku tgk dah lama dlm pasaran.jam us tapi buat dimana tak pasti la pulak.sampai skrg mmber aku pakai

    ReplyDelete
  2. Itula, aku tertarik kat jam ni sebbab sub second dia kat sebelah kiri.. Date dia ada cylop lagi.. haha!!

    ReplyDelete
  3. Design jam depa mmg mengancam. Pernah aim gak satu model dulu. Tp la ni hilang minat dah plak. Depa guna movement China.

    ReplyDelete
  4. Mesti student ko takut... tu yg bg jam dia. Ko garang kot. Haha...

    ReplyDelete
  5. mintak elok2 atau tarik telinga pelajar nih??hehehe

    ReplyDelete
  6. Dulu aku nak beli model yg open heart tu. Lawa & solid. Minat hilang bila aku dpt jam lain. Design jam diorang mmg lawa2.

    ReplyDelete