Pages

Tuesday, June 8, 2010

Orient Submariner Automatic

Pencarian aku untuk mendapat satu jam Homage untuk Rolex Submariner akhirnya terungkai.
Terdapat beberapa pilihan yang telah aku list seperti Sandoz Submariner dan Seiko Submariner. Tetapi Orient Submariner telah menjadi pilihan aku. Antara sebab Orient ini menjadi pilihan aku ialah harga yang jauh lebih murah berbanding kedua-dua jam tersebut. Yalah, Sandoz Submariner, Seiko Submariner dan Orient Submariner ada persamaan yang menyebabkan harga menjadi penentu dalam pembelian dalam pilihan kedua-dua jam ini iaitu ketiga-tiga jam tersebut hanya mempunyai WR 100m sahaja. Jadi, Orient Submariner adalah pemenangnya.
Inilah antara penantian aku selama ini. Sekali imbas, orang akan menyangka aku sedang memakai Rolex Submariner. Haha!! Kena tengok 2 kali imbas baru kita perasan yang aku hanya memakai Orient sahaja..
Didatangkan dalam keadaan yang kelihatan baru. Clasp jam ini juga meniru Rolex Submariner, cuma nampak nipis.
Posing dalam keadaan baring pula..
Posing duduk pula, nampak megah dengan adanya cyclop pada cermin jam yang turut mengambil design daripada Rolex Submariner
Cuba tengok kat tapak tangan pula. 10 BAR pada dial jam ini bermaksud 100 meter di mana, 1 bar bersamaan dengan 10 meter water resist. Pada aku dalam 90% hampir menyamai design Rolex Submariner. Boleh tengok &banding gambar Rolex Sub dial hijau kat gambar karpet di tepi blog ini.
Cuba pulak pakai kat pergelangan tangan. Hensem jugak ye.. Nak pakai Rolex Submariner kena ada hantaran RM14K baru dapat pakai. Orient Submariner pun jadi lah, janji jam original!! Kalau aku pakai Rolex Sub ori pun sekarang ni, orang tetap akan menyangka aku pakai Rolex Sub Replika.. haha!!
Pakai macam ni pulak..
Pakai masa memandu? Segak jugak tangan aku memakai jam Orient Sub ini.
Jam ini sebenarnya dibeli daripada jam-otai pada harga yang sangat mengiurkan!! Gulp!!
Yang menariknya disertakan dengan kotak original Orient. Jam ini pun jam terpakai je sebenarnya.
Harga baru jam ini di pasaran lebih kurang RM450-RM550. Yang aku jumpa la.
Berbanding Sandoz Submariner RM1500 dan Seiko Submariner RM850. Yang aku jumpa di internet la.
Aku dah test dah pakai menyelam dalam tab mandi. Haha!! Water Resist berfungsi!!

Jam ini mungkin jam terakhir aku buat masa ni disebabkan aku ingin berehat sebentar daripada aktiviti jual beli jam ini atas kesibukan kerja yang memerlukan komitmen tinggi. Insyaallah aku akan kembali lagi jika keadaan dah stabil. Bagaimanapun, kepada sesiapa yang serius untuk mendapatkan koleksi saya yang ingin saya let go seperti di gambar offer di sebelah masih boleh nego harga dan saya bersedia meluangkan masa untuk menguruskan penghantaran jam. Terima kasih di atas sokongan semua yang telah menjadi sifu-sifu aku selama ini terutama bro Duniajam, Jamkaki5, detikduabelas, jamqistina, jamlama dan rakan-rakan lain seperti bro Zul, Narong, Cgwan dan Amer.

6 comments:

  1. Inilah jam Jepun yg paling dekat dengan Rolex Sub. Tahniah bro!

    ReplyDelete
  2. Ya, model ni dah mengalahkan Sandoz & Seiko Sub yang aku berkenan dulu la.. Hahaha!!Bestnya.. wakaka!! Dah buat2 lupa lak ngan Orange nite monster & Samurai bila dpt jam ni..

    ReplyDelete
  3. Aok, ne tauk pas tok dpt makei Rolex Sub.. Wahwahwah!!

    ReplyDelete
  4. slmt bercuti dr dunia jam bro..hehehe..dlm bercuti tu lau jumpa jam yg menarik kena laa beli..hahaha...

    ReplyDelete
  5. Hehe!! rasanya la, kalau kena rega.. simpan duit utk raya plak ni..

    ReplyDelete