Pages

Wednesday, June 16, 2010

Dream Team FIFA World Cup 2010

Demam Piala Dunia sudah melanda seluruh dunia. Tidak terkecuali jugak aku. Di sini aku senaraikan 11 Pemain yang aku rasa terbaik ataupun di kemuncak prestasi di posisi masing-masing. Bayangkan jika kesemua mereka ini dihimpunkan dalam sebuah pasukan Dream Team... Bayangkan!!!
Formasi kegemaran aku ialah 4-2-3-1


Posisi Penjaga Gol
------------------------------------------
1

Iker Casillas
Penjaga gol Real Madrid ini cukup tangkas dan diakui sebagai penjaga gol terbaik di dunia pada masa ini. Berada di kemuncak prestasi sepanjang kempen liga primera Sepanyol. Mewakili skuad senior Sepanyol di usia 19 tahun dan merupakan kapten pasukan Sepanyol.


Posisi Pertahanan Kanan
------------------------------------------
2
Maicon
Pemain Inter Milan dari Brazil ini cukup mantap bertahan dan cukup pantas membantu bahagian serangan dari bahagian kanan pasukan.


Pertahanan Tengah 1
------------------------------------------
5

Lucio
Pertahanan tinggi lampai Inter Milan dari Brazil ini cukup sukar untuk ditembusi penyerang lawan. Antara pemain pertahanan terbaik di dunia. Tengok muka dah tahu gerun tak gerun penyerang nak berhadapan dengan pertahanan ini.


Posisi Pertahanan Tengah 2
------------------------------------------
6

Terry
Pertahanan kental ini turut diakui antara pemain pertahanan terbaik di dunia dan menjadi lagenda kelab Inggeris Chelsea. Walaupun dilanda skandal peribadi, pemain pertahanan ini tetap sebaris dengan pemain pertahanan yang terbaik di dunia.

Pertahanan Kiri
------------------------------------------
3

Cole
Pemain kidal ini merupakan pemain pertahanan kidal yang terbaik didunia selepas Roberto Carlos dari Brazil bersara. Kental di pertahanan dan bijak membantu serangan dari bahagian kiri pasukan.

Posisi Tengah
------------------------------------------
4
Xavi
Pemain dari akademi remaja Barcelona ini merupakan pemain tengah yang berpengaruh. Bijak memberikan hantaran-hantaran berbahaya kepada pemain penyerang pasukan. Kental membantu pertahanan pasukan serta bijak mengubah corak permainan pasukan.

Posisi Tengah
------------------------------------------
7

Lampard
Pemain tengah England kelahiran akademi Kelab West Ham United ini memberi inspirasi kepada corak permainan pasukan. Sentiasa berada di tempat yang betul untuk menjaringkan gol. Pemain tengah ini bukan sahaja bijak membaca permainan, malah bijak membantu penyerang untuk menjaringkan gol. Jaringan jarak jauh merupakan trademark pemain ini.

Penyerang Kanan
------------------------------------------
10

Messi
Pemain kidal ini dianggap jelmaan Diego Maradona ini begitu sesuai bermain di serangan kanan dan sayap kanan pasukan. Lincah dan bijak memperdayakan pertahanan lawan. Sukar untuk menghalang kemaraan pemain ini jika bola berada di kakinya. Calon yang tepat untuk pemain terbaik dunia ketika ini.
Posisi Serangan Kiri
------------------------------------------
9
Cristiano Ronaldo
Pemain termahal dunia bernilai £80 juta ini sangat berbakat bermain di mana-mana posisi seperti Sayap Kanan dan Sayap Kiri dan mampu bermain sebagai penyerang tunggal serta penyerang sokongan. Kepantasan dan helah merupakan yang dinanti-nantikan peminat jika pemain ini bermain di padang. Mampu menjaringkan gol dari pelbagai sudut dan cara sama ada jarak jauh, jarak dekat, tandukan, sepakan percuma dan penalti.
Posisi Tengah Menyerang/Sokongan Penyerang
------------------------------------------
8
Kaka
Pemain yang pernah dianggap sebagai tidak sepatutnya menjadi pemain bola sepak kerana memiliki wajah seorang model. Pemain Real Madrid kelahiran Brazil yang bernilai £55 juta ini memiliki fizikal yang kuat dan tinggi serta pantas melarikan bola ke dalam kotak penalti lawan. Memberi sokongan penyerang yang baik dan mampu menjaringkan gol individu yang menarik.
Pemain Penyerang Tunggal
------------------------------------------
11
Drogba
Pemain Ivory Coast yang bermain dengan pasukan Chelsea ini memiliki pakej yang lengkap sebagai pemain penyerang yang digeruni. Memiliki wajah yang menggerunkan pemain pertahanan lawan. Pantas dan kuat merupakan elemen permainan beliau. Bijak membaacakan gerakan rakan sepasukan dan sentiasa berada di tempat yang betul untuk menerima hantaran dan menjaringkan gol!!
Ini merupakan 11 pasukan impian aku di Piala Dunia ini. Anda bagaimana pula?

No comments:

Post a Comment