Pages

Sunday, May 16, 2010

Simen Ferro

Simen Ferro?
Apa itu? Jenama jam mana pulak ni?
Swiss? Jepun? Germany? Russia? China?
Simen Ferro bukan jenama jam. Tapi sebenarnya seni ukir bahan menggunakan simen.
Ini aku kursus kat tempat kerja aku bersama pelajar aku pada hari sabtu 8 Mei yang lepas.. Penat beb!!
Simen Ferro kali ini, kitorang nak buat set meja dan kerusi daripada simen.
Mula-mula kena buat rangka dia dulu menggunakan jaring dawai yang keras..
Istilah penceramah ni pakai ialah BLC.. Apa BLC tu? Aku pun tak tau.. sapa suruh pi kursus tapi tido.. wakaka!!
Haa.. yang ni menggunakan BLC 1 inci untuk kerusi.. kitorang nak hasilkan sebanyak 5 buah kerusi untuk set yang ini..
Potong lebih kurang la.. ikut ukuran saiz kerusi yang kita nak.. haa.. gituuu....
Nak buat macam ni kena ikat menggunakan dawai macam ni..

Yang ni pulak tiang meja.. beso tiang meja set simen ferro ni..

Dah siap, macam ni la bentuk dia.. agak-agak saiz batang balak la ni..

Yang ni potong ikut saiz papan meja yang kita nak.. ikut saiz besar meja yang kita nak buat.. agak-agak je ni.. mana ada main sukat-sukat berapa cm ka, berapa inci ka.. main agak je ni.. Janji kumpulan kitorang siap...

Dah siap semua tu.. semua set tadi akan dibalut menggunakan BLC yang lebih halus.. Yang paling halus ada kat pasaran la.. rasanya dalam 2mm kot?

Nak buat batang balak yang nampak real dengan akar, kena buat lagi satu rangka akar macam ni..
Yang ni kitorang agak-agak saiz meja kitorang.. suka hati kita la nak buat bentuk macma mana pun.. Ada yang buat bentuk bunga, hati, bentuk pentagon pun ada..

Nak buat rangka akar macam ni, perlu ada kesabaran yang lebih...
Tangan aku luka beb bila buat part ni.. kena ada vaksin tetanus dalam badan sebelum buat kerja-kerja ni..hehe!!
Ha, yang ni pulak rangka meja yang nak dibuat. Time lukis rangka kat kertas lain.. bila dah jadi macam ni, lain pulak.. hmmm.. hentam je labu.. janji siap.. ngeh!!ngeh!!
Ni part yang best ni.. bancuh simen... Nasib baik tak buat simen cara manual.. kalau tak, lagi penat.. fuh!!
Kena ada simen sekampit.. angkat pun guna troli... punyalah malas.. haha!!
Tapi sekampit ni dapat buat untuk 4 set simen ferro ni.. nak buat 1 set, guna 1/4 je pun dah cukup..
Pasir yang dah ditapis halus... Nisbah dia 1:2 ... simen kepada pasir..

Dah siap bahan2.. mari kita gaul...
Agak2 kat kilang roti gaul tepung guna ni boleh tak?
Bahan simen yang dah siap kita lekatkan di BLC macam ni. Tapi jangan tekan kuat sangat, nanti bancuhan simen tadi akan jatuh.. umpama mencurah air ke daun keladi.. lekat berpada-pada asalkan menutup lubang BLC..

Lekat kasar macam ni.. yang ini untuk lapisan pertama.. main hentam ja.. nanti buat 2nd layer baru buat dengan berseni sikit...
Melekat BLC pada kaki meja ni yang paling leceh.. besor sangat nak lumurkan bancuhan simen kar BLC.. selalu je jatuh ka dalam.. tak melekat-lekat pun..

Bila lapisan pertama tadi dah kering, bolehlah sambung untuk lapisan kedua. Buat macam ni, dan sebelum lapisan kedua ni kering, kena ukir-ukir ikut kesenian dan kreativiti sendiri.. buat agak-agak real macam batang kayu la..
Dah siap, macam ni la jadinya.. perh.. macam kayu betul kitorang buat...
Tunggu kering semalaman.. esoknya kita sambung mewarnakannya.. ngeh!ngeh!

Macam ni la bila semua dah siap dan tunggu untuk dikeringkan...
Satu set meja.. Satu batang kaki meja, satu papan meja... dan 5 set kerusi...

Esoknya.. sediakan warna-warna asas untuk batang pokok..
Biasanya warna hitam, coklat dan kuning ja nak guna pun.. kemudian bancuh la ikut warna yang kita nak.. campurkan warna hitam dengan warna coklat ka.. warna coklat dengan warna kuning ka..
Guna cat air je.. senang nak bancuh.. lagipun murah..
Yang ni warna coklat ja ni.. warna guna berus tangan je ni.. manual gak.. takde spray-spray ye..

Nak warnakan meja ni kena ada seninya jugak.. kena warnakan ikut garisan dalam pokok.. ikut arah jam atau lawan jam.. cewah..!! Ada masuk gak perkataan jam.. hmm...
Yang ni pun memerlukan seni tangan yang baik.. warnakan ikut arah jam atau lawan jam jugak..

Pergh!! Macam pokok betull.. Tangan tu tangan aku la...

Yang ni kreatif gak tengok.. yang ni kumpulan lain.. siap letak ular kat pokok.. pergh!!

Cat dah kering, kita spray pulak dengan spray "clear". Kasi berkilat batang pokok ni..
Yang ni tangan kiri aku.. Time ni tak spray pun.. saya buat aksi ala-ala tengah spray.. sendiri posing, sendiri ambik gambar.. Tu yang gambar tangan je ada ni.. gambor muka takde..

Dah kering semua, macam ni la jadinya.. modal murah ja.. tak sampai RM250.00 pun.. tapi aku tengok kat kedai perabot jual sampai RM1,800.00 beb!!
Boleh la duduk-duduk lepak-lepak kat depan rumah.. Set ini sebenarnya untuk diletakkan di asrama pelajar.. Supaya memudahkan pelajar untuk beralih angin sekali sekala belajar.. Selalu belajar kat bilik je.. Kalau bilik lelaki, biasanya berbau yang kurang enak.. (Ni aku cium bau kat bilik pelajar ni time spot check malam-malam.. pergh!! Bau hapak kat sesetengah bilik.. bau rokok tu dah biasa..) so, lepak la kat meja ni untuk study.. Petang-petang ke, mengumpat ke.. apa-apa je la..
Yang ni yang dah siap tadi.. cicak ke apa ni.. ntah.. aku pun tak tau..

Ular tadi pun semakin menggerunkan.. awas! jika ada dua ekor ular ni kat simen ferro ni, baik jangan lepak kat meja ni.. yang sekor tu ular yang betul la tu...

Hehe!! sekali sekali tukar topik.. selalu tengok jam ja.. sekali sekala aku bagi info macam ni untuk dikongsi bersama..

11 comments:

  1. Gempak bro. Pasni boleh buat bisnes. Mmg penat buat keje simen ni. Aku tolong bapak aku buat rumah, gila penat. Paling penat nak bancuh simen. Manual lak tu. Adoi

    ReplyDelete
  2. berseni meja ni..ular tu yg paling berseni..kali pertama nampak ular tu mesti cuak gila..haha..

    ReplyDelete
  3. Duniajam, ni ingat cuti balik kampung nak buat 1 set la.. Sorang buat ni rasanya 1 minggu boleh siap 1 set..

    Amer, mana tak cuak, kaler hitam kuning tu.. berbisa.. huih! Kadang2 pelajar lagi kreatif dari cekgu.. Satu pengajaran dari kursus ni ialah " pelajar sekarang makin pandai, so cekgu2 kena lagi rajin tambah ilmu.. agar sentiasa mendahului pelajar dalam bidang ilmu ni.." hhmmm...

    ReplyDelete
  4. Best bro kursus ni. Bleh buat sendiri benda ni..

    ReplyDelete
  5. Salam encek..mntk izin share topik ni..tk :)

    ReplyDelete
  6. Ya sila-sila.. Moga bermanfaat untuk kita semua..

    ReplyDelete
  7. comel ka ya?huhu...ular ya nang comel..

    ReplyDelete
  8. ada tak tenaga pengajar yang sudi mengajar dihujung minggu...kalau boleh pm saya..hehehe...kita nk sampaikan ilmu kepada orang lain

    ReplyDelete
  9. Nisbah air mcm mana boleh tau x.. Saya nak buat nih

    ReplyDelete