Pages

Tuesday, April 6, 2010

Seiko 5 Diver 200m

FOR SALE!!!

Jam ni dalam keluarga Seiko 5 dan kategori Diver 200m.

Bezel dia agak unik berguna untuk menunjukkan arah semasa menyelam (walaupun rata-rata peminat jam diver bukan seorang diver, Diving masa main bola ada la kot?)

Aku bukan arif sangat untuk menggunakan kemudahan seperti ini. Tapi jam ini sangat menarik perhatian aku dari segi design jam. Dengan Crown yang besar memang menarik perhatian peminat jam-jam diver. Satu crown berguna untuk menentukan Masa & tarikh. Manakala crown kedua berguna untuk mengubah inner bezel jam ini. Yang menariknya, jarum jam ini mengambil DNA Sumo & Samurai.. Gabungan warna hitam & silver memang memukau pandangan sesiapa. Rekabentuk yang nampak gagah, utuh & Sporty. Jam agak berat sama seperti jam-jam diver yang lain. diameter 44mm tak termasuk crown. Jika tengok dari arah tepi, reka bentuk mengambil DNA samurai. Boleh tak saya gelar jam ini sebagai Seiko 5 Samurai? Ish! Sukahati aku je.. Marah peminat Samurai karang.. Wakaka!! Tengok design crown yang nampak gagah ini.. PErghh!! Power beb!!
Clasp juga mengambil DNA jam-jam Seiko Diver yang lain dengan safety clasp. Dengan Polished Finishing pada bahagian tepi bracelet jam. Bahagian tengah bracelet mempunyai design kasar yang timbul. Sangat unik. Setiap sambungan bracelet terdapat brushed finishing. Pin sambungan ada di setiap sambungan. Jadi, sesiapa yang mempunyai tangan yang kurus pun sesuai menggunakan jam ini.
Seiko 5 yang lain mempunyai cermin caseback yang dapat menunjukkan enjin. Tetapi Seiko 5 Diver ini tidak mempunyai see thru caseback. Sesuai dengan kedalaman 200m, tidak sesuai menggunakan see thru caseback. Caseback juga jenis screw, sangat dipercayai kekuatan jam ini untuk menyelam sedalam 200m.. Fuhhh!!!
Jika jam Seiko Diver mempunyai lambang ombak tsunami, Lambang Seiko 5 gagah terpampang pada cseback jam ini..


Crown dilindungi dengan crown guard untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku kemalangan yang tidak disengajakan sehingga boleh menyebabkan air memasuki jam.. Manatau boleh terpusing tanpa disedari, crown terpusing dan air boleh memasuki jam tersebut..

3 comments:

  1. bro...ejas jam diver murah2 tp tiptop kt sy bleh??400 ke bawah..hehehe..ada x???

    ReplyDelete
  2. Aku suka dail sandwitch dia. Macam Pam tu. Hehehe...

    ReplyDelete
  3. Best gak jam ni, crown sandwich dia memang mcm panerai, homemage dia kot? haha!! Homemage kat crown je.. Tapi tak reti sangat guna. Jam ni kat kedai lagi, sape nak, aku leh tolong belikan.. hehe!!!

    ReplyDelete