Pages

Tuesday, March 30, 2010

Kebaikan Dan Kelemahan

Post kali ini saja nak kongsi kemungkinan kebaikan dan kebaikan penggunaan strap dari kulit, getah dan stainless steel.
Leather Strap (Tali Kulit)
Kebaikan Tali Kulit:
1. Cantik dipakai
2. Ringan berbanding bracelet
3. Tidak merosakkan caseback

Keburukan Tali Kulit:
1. Tidak boleh kena air, lambat kering dan akan berbau
2. Sampai masa boleh rosak, nak cari tali original jam susah dan mahal
Rubber Strap

Kebaikan Tali Getah:
1. Ringan
2. Lebih tahan berbanding tali leather
3. Boleh digunakan untuk menyelam (boleh kena air)

4. Tidak merosakkan caseback


Keburukan Tali Getah:
1. Tali getah biasanya panjang, nanti terjelir je tali di hujung jika dipakai
2. Jam nampak ringkas, nanti orang ingat kita pakai jam biasa2 aja..


Stainless steel bracelet

Kebaikan Gelang Stainless Steel:
1. Tahan berbanding tali getah dan tali kulit
2. Boleh digunakan untuk menyelam (boleh kena air)
3. Nampak hensem sikit kalau pakai jenis bracelet


Keburukan Gelang Stainless Steel:
1. Berat apabila digunakan
2. Kalau pin hilang, kena cari pin yang bersesuaian

3. Boleh merosakkan caseback akibat geseran dengan bracelet

Jika ada tambahan dan cadangan dialu-alukan untuk post komen..
Sama-sama kongsi apa-apa berkenaan dengan jam tangan

5 comments:

  1. Bagus bro. Ada kalanya tali yang kita pasang kemudian tu lebih cantik dari tali asal. Contohnya kalau jam vintage yang pakai bracelet. Bila pasang tali kulit, terus nampak muda. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. bg sy org baru belajar ni rasa best pakai tali kulit lagi sbb nmpk muda,cool,n simple..lg pun tali kulit ni murah n sesuai utk org macam sy..haha..tp yg penting jam vintage nmpk muda dan baru lau pakai tali kulit..hehehe..

    ReplyDelete
  3. DJ, Betul tu. Jam lama kita tukar tali dia dah buat jam kita jd baru balik. Petua awet muda la katakan...
    Amer, Aku dulu2 pun suka tali leather. Lepas tu, busy memanjang sampai kuar peluh, la ni suka pakai bracelet.. berat sikit xpe, janji peluh tak nyerap.. hehe!!

    ReplyDelete
  4. aktif lagi ke blog ni? tak apa lah. Dulu aku tak kesah tentang jam ni (takat nak tengok masa je .. guna hp ler) tapi sekarang ni aku mcm giler nengok2 jam. Dah tentu skang ni aku mula memakai jam. Sebenarnya bukan stakat nak tengok masa tetapi sebagai pelengkap pemakaian/penampilan kita. Aku suka jam ori ori gitu yang patut padan la. Kalau yg replika aku potong terus.
    Tali kulit memang sangat cantik..tapi ada ke petua supaya tali tu tidak berbau???? ada panduan ker?

    ReplyDelete
  5. Panduan dia jangan kena air je. Atau guna tali kulit yang berkualiti tinggi atau yang tahan air. Tali kulit yang murah biasanya berbau kalau kena iar dan kalau lambat kita nak keringkan..

    ReplyDelete