Turtle TUA sedang diapit oleh anak dan cucu nya..
Di sini aku letak sedikit gambar Seiko Diver Turtle Tua ni untuk tatapan peminat Diver Turtle..
Gambar di atas perbandingan anak turtle dengan bapak turtle.
Bapak turtle hanya mempunyai fungsi date di dial dia, manakala anak turtle memiliki fungsi dy & date di dial dia.
Bapak turtle hanya mempunyai fungsi date di dial dia, manakala anak turtle memiliki fungsi dy & date di dial dia.
Dialog (konon-konon dia la...)
Turtle Muda: Apasal turtle tua nampak lebih muda dari aku haa?
Turtle Tua: Aku walaupun dah tua, tapi aku tetap maintain hensem... Tak macam ngkau..
Cuba ubah sikit penampilan macam aku ni..
Turtle Muda: Aku walaupun tak terurus, aku tetap setia dengan stail asli aku mcm mula-mula keluar.. Tak macam ngko, sikit-sikit tukar baju, sikit-sikit tukar baju..
Mengapa aku tetiba memburu spesis ini?
Aku meminati bentuk dia yang unik di samping sukar mencari jam ini lagi. Jadi, sebelum dia pupus sepenuhnya, aku perlu dapatkan spesis ini sebelum harga dia makin melambung akibat kekurangan penawaran di pasaran.
Jam diver ini memenuhi kriteria yang aku nak dalam pemilihan jam-jam Diver.
1. Selesa
2. Bentuk Unik
3. Rare
4. Tegap
5. Dapat menyelam 150m ke atas.
Project seterusnya, aku kena cari bracelet untuk jam ni. Sekali sekala tukar guna bracelet lak.
Lebih melekat di tangan berbanding Turtle 6309-7040 aku yang lain tu..
Lebih melekat di tangan berbanding Turtle 6309-7040 aku yang lain tu..
Kepada pemburu seiko turtle, jangan terlepas mendapatkaan model ini untuk simpanan anda. Harga memang melampau-lampau setanding dengan jam-jam swiss yang lain. Namun berbaloi memiliki besi yang lasak ini.
Ini pendapat aku sahaja. Lain orang lain pendapat. Aku dah serik menggunakan jam swiss terutama jam-jam vintage, kerana ada sesetengahnya senang dimasuki air apabila hujan. Belum lagi aku guna unuk mencuci tangan & berwuduk. Jadi akibat frust dengan jam-jam swiss, aku pilih jam diver sebagai alternative. Harga pun tidak terlalu mahal, lasak, tahan tekanan dalam air, murah dari segi maintainance, part yang mudah didapati. Kalau rosak atau nak hantar servis tak le risau sangat. Bagi aku, amat berbaloi untuk memiliki jam diver untuk koleksi.
Jam tu dah refurbished dengan cukup cantik. Puas hati tengok. Aku nak angkat gak satu hari nnt. Dapat penyu muda pun oklah...
ReplyDeleteBest jam ni. Aku takkan jual walau berapa pun harga orang bagi. Diver terbaik aku setakat ni selepas orange monster.. hehe!!
ReplyDelete