Pages

Monday, August 31, 2009

Preview Rado Cornell & Seiko Diver 150m

Harga? Tak tau lagi..
Yang berminat boleh lah risik2 guna sms..
Seiko Diver enjin 6309-7290
Rado swiss made

Wednesday, August 26, 2009

SEIKO 5 Automatic Military Vintage

SOLD
Enjin Seiko Automatik 17 jewels 7009A Tahun 1980an

Gaya pemakai dia kot??

Seiko 5 dengan arabic marking,


Crown kat pukul 4 (ciri-ciri Seiko 5)

Crown original, nak tukar hari tekan crown dia je...

Day dia ada dua bahasa, English dgn Ntah? tak phm plak aku.. hehe!!!

Nak tukar tarikh, tarik ke posisi 1, pusing...

Nak tukar/adjust masa, tarik ke posisi 2, pusing ikut suka...


Buckle original Seiko



Bracelet stainless steel...





Enjin Seiko Automatik 7009A

Dial putih
17 jewels

Water resistant

Like new

Diameter 36mm

Case: Stainless Steel

Tahun: 1980an

Pengumpul jam-jam Vintage Seiko... Apa tunggu lagi...
sms/email sekarang...
Pembeli: Anuar, Daro (COD)

Wednesday, August 19, 2009

Mentua & Menantu


Pak Kassim seorang yang tamak harta, dia menawarkan anak dara suntinya yangcun melecun kepada keluarga yang kaya raya(golongan yang kaya je)..Suatuhari datanglah Seman seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kassim.Beliau cukup sifat tanpa cacat cela. Tapi beliau malas solat.
Setelah tiga hari berkahwin, Seman masih duduk di rumah mertuanya. Setelahazan maghrib berkumandang, Pak Kassim ajak Seman untuk solat maghribberjemaah. Seman gelabah! Sebelum ini dia tidak pernah solat lalu Semanmasuk kebilik untuk menemui isterinya.
Seman : Yang camne ni? Abang tak pernah solat.Isteri : Tak apa bang, abang ikut je apa yang ayah buat (isterinya berbisikperlahan)
Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kassim. Setelah Pak Kassimtakbir, Seman ikut takbir. Pak Kassim membaca Khutbah surah alfatihah,bismillahirahmannir ahim...Seman pun turut mambaca bismillah dengan lantangjuga...iskkkk pelik menantu aku ni, mazhap mana yang dia ikut?setahu akuimam aje yang baca kuat, cetus hati Pak Kassim, Pak Kassim buat selamba,dia terus membaca surah al-fatihah, Seman turut membaca al-fatihah dengankuat seolah-olah budak baru belajar mengaji..Pak Kassim pelik. Lalu diaterus berpaling kebelakang untuk melihat Seman, Seman turut berpalingkebelakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kassim..Ehh, gila menantu akuni???getus hati Pak Kassim..
Pak Kassim berjalan ke depan untuk menjauhkan diri dari Seman, Seman turutberjalan ke depan mengikut langkah Pak Kassim. Pak Kassim terus melarikandiri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya..Semanterus berlari mengejar Pak Kassim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba PakKassim tergelincir dan jatuh kedalam sawah padi, Seman pun turutmenjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kassim punterus bertanya kepada Seman.."Seman, apasal engkau ikut aku sampai ke sawahni?"..Seman menjawab"Ayah, susah ke nak solat maghrib ni?baru saya tahusampai kena berlari".... ..

Monday, August 17, 2009

Setelah Lama Berfikir..

Setelah lama berfikir, tiba masanya untuk aku berkongsi koleksi-koleksi jam peribadi aku dengan rakan-rakan di luar sana.. Walaubagaimanapun, aku kena pastikan dulu jam-jam tersebut ok dulu sebelum dikongsi bersama rakan-rakan. Oleh itu, tunggu kemunculan jam-jam vintage aku yang tersimpan berhabuk aku pada bulan September 2009 nanti. Kebanyakannya jenama Seiko dan Rado. Sekarang dalam proses servis, runtest, sesi fotografi, justifikasi harga dan sebagainya..
Harap bersabar...

Tuesday, August 11, 2009

Jam Dinding

Jam dinding Kin Sheng
Kenapa aku letak kat blog ni? Jam dinding ni macam biasa je kita tengok..
Tetapi bagi aku, jam ni ada keistimewaannya..
Aku suka tengok pergerakan jarum saat dia yang seolah-olah pergerakan jam automatik
Walaupun pergerakan sememangnya Quartz, tetapi pergerakan jarum jam dinding ini mengingatkan aku pada jam-jam automatik aku..
wakakaka!!!

Monday, August 10, 2009

Patek Philippe

Patek Philippe & Co
Merupakan watchmaker jam mewah yang terletak di Geneva dan valle de joux. Bemula dengan pengeluaran jam poket (ketika itu jam poket merupakan jam untuk orang lelaki, dan tangan merupakan perhiasan untuk kaum wanita), Antoni Norbert Patek pembuat jam yang berasal dari Poland bersama dengan rakannya Franciszek Czapek berhijrah dan bergabung dengan pembuat jam dari Jerman iaitu Adrien Philippe, pelabur dalam jam jenis kunci (manual winding) menghasilkan jenama Patek Philippe pada 1851 menggunakan nama Patek Philippe & Co.
Jam poket yang pertama keluaran Patek Philippe
Pada 1868, Patek Philippe menghasilkan jam tangan yang pertama.

Jam gabungan kalendar(moonphase) & chronograph

Jam Chronograph

Pun gabungan jam chronograph & moonphase
Keistimewaan jam ni dia ada date & month dia.. Tengok jarum saat dia tu.. ada dua beb..
So tidak hairan lah kalau harga dia boleh menyebabkan kita telan air liur je.. wakakakaka!!!
Satu untuk fungsi jam biasa, satu untuk fungsi chronograph..
Enjin jam Patek Philippe (jenis manual winding)
Aku suka jenama ni sebab sorang kawan aku pakai seketul jam Patek Philippe ni..
Memang cantek giler!! Original lagi tuh..
Tengok yang replika pun dah cantik.. yang Original memang berjaya membuat aku telan air liur basi.. uhuks!!!

Tag Heuer Mclaren Merc Replika

Tag Heuer Mclaren Mercedes (SOLD)
Ni pun mula-mula dapat memang terkejut beruk..
Memang besar..
Dah sah memang kena jual gak jam ni..
Jual murah je la..
Logo Timbul.. bukan sticker..
Saiz 40mm

3 subdial dia memang semua function

Gaya pemakai jika dipadankan dengan leather..

Spesifikasi:
Enjin: Automatik japan movement
Saiz: 40mm
Case: Stainless steel
Bracelet: Solid

Pembeli: Mohd Farid, Bota Perak

Tissot 1853 Replika

Tissot 1853 Le Locle (SOLD)
Dalam kotak lagi ni..
Gaya pemakai

Aku padankan dengan tali leather sebab tangan aku kecik..
Bracelet tu longgar yang amat.. dah potong abis pun masih longgar..

Gaya pemakai jika jam ni dipadankan dengan Leather Hitam..
Date dia kat pukul 3..

Bracelet Tissot.. Timbul tu, bkn Sticker
Ada sesetengah Replika dia tampal sticker jerk..

Simpan bebaik dlm box dia..

Blur la gambar nih.. tgn bergegar sangat kot..

Bracelet dia berkilat!! Crome!!

Case jenis see thru.. Xyah nak bukak2 enjin nak cuci mata..

Spesifikasi Jam Replika ini:
Tissot 1853 Le Locle
Enjin: Japan Movement Automatic (No Need batery for life)
Rasanya jam ni boleh kunci gak la.. huhuhu!!
Saiz Diameter: 40mm
Dial: Putih
Case: Stainless Steel
Glass: Crystal Mineral Glass
Date: Di pukul 3
Bracelet: Solid
Sebab nak jual: Tangan aku tak sesuai la pakai jam size ni... Tuan baru dia mungkin sesuai..
Pembeli: Mohd Farid, Bota Perak

Friday, August 7, 2009

Set Pembuka Jam

Tools from Mr DJ (tq bro.. berbaloi2 dpt brg ni...)
Saspen mula2 dpt bungkusan ni..
Memang cukup 16 item.. cantek punyer la...


Dapat je terus try bukak jam rado lama aku..
Ingat dapat le repair/servis apa2 yang patut.. last2 anta gak ke doktor jam.
Ahaks!!
Tq mr DJ.. U are superb!!