Pengeluar jam tangan terkemuka dunia, Tag Heuer mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat dari Silicon Valley, Google dan Intel untuk melancarkan jam tangan pintar yang dikuasakan teknologi daripada cip pemprosesan dan Android Wear dalam rekaan tradisi Switzerland.
Switzerland mempunyai sejarah penciptaan jam tangan yang hebat dengan rekaan serta teknologi mengagumkan.
Ia sekali gus memberi tamparan kepada syarikat yang baru menghasilkan jam pintar pertama seperti Apple mengumumkan penjualan Apple Watch yang mula dijual bulan depan dengan barisan model semurah kira-kira RM1,250.
Penganalisa menjangkakan langkah Apple mengeluarkan jam tangan premium ini bakal memberi saingan kepada pengeluar jam tangan terkenal lain seperti Tissot, Omega dan lain-lain.
Pengumuman kerjasama Tag Heuer, Intel dan Google ini dibuat di pameran jam tangan terbesar di dunia, Basel World yang berlangsung di Switzerland.
Jam tangan pintar baru Tag Heuer dijangka akan mula dilancarkan sekitar suku keempat tahun ini.
Walaupun tidak kedengaran perancangan daripada jenama terkenal yang lain seperti Hermes dan Patek Philippe, besar kemungkinan masih ada syarikat lain yang akan mula menerokai peluang menghasilkan jam tangan pintar selepas pengumuman Tag Heuer ini.
sumber: Harian Metro; 25 Mac 2015
Komen saya: Akan hilanglah keaslian horology selepas ini, apabila duia digital semakin menguasai ceruk kehidupan kita pada masa kini.. Harap Oris tidak mengikuti jejak langkah Tag Heuer ini..
No comments:
Post a Comment