Pages

Thursday, September 25, 2014

Proton Iriz Dilancar hari ini (25 September 2014)


Muka depan. Bahagian aku paling suka, day time running light! Axia Advance takdak ni!

Dalaman, nampak seperti sentuhan kereta Eropah. Sangat menarik! Tengok corong aircond tepi GPS tu! Airbag ada 6! Perodua Axia ada dua je bang! 5 star ANCAP! Perodua Axia ada 4 star je!

Cantik! Sentuhan kulit di dashboard dan stering! Ada Push-Start Button bang! Ni betul-betul mengusik hatiku! Aish! Axia Advance takdak ni!

Pelindung matahari dapat dipanjangkan! Waah.. inovasi!

Dapat dilipat ke tepi dan ditambah panjang!


Lampu dalam untuk waktu malam.

Kawalan audio di stering



Kemasan pintu depan! Speaker kat tepi pintu ye.. no more kat belakang penumpang belakang! Orang belakang pecah telinga dengar apabila driver tak berapa nak dengar lagu speaker di belakang!


Ada speaker juga di pintu belakang! Cantik!

Bonetnya nampak luas ke dalam namun tidak tinggi.

Ni yang kurang sikit bila seat direbah seperti ini, ia tidak rata! Tapi boleh lah. Jarang nak rebahkan seat ni, kecuali terbeli barang yang agak besar dan panjang. Nak bonet besar beli kereta Sedan bang. Ni nak pakai pergi kerja hari2. Bawak beg & fail kerja sahaja. Nak bawak beg besar nak balik kampung beli kereta sedan ye bang.

Tayar ganti. Sama seperti perodua yang menyediakan tayar sementara seperti ini.

Yang menariknya, seat boleh rebah 60:40 seperti ini. Kalau perodua Axia, tak dapat benda seperti ini bang!

Pandangan belakang yang pada saya boleh tahan. Cuma lampu brek dan signal belakang seperti kurang mengancam! Saya lebih sukakan lampu belakang seperti Suprima S.

Benda ni subjektif. Ada kata cantik, ada kata tak cantik. Pada pandangan aku pulak cantik lampu Suprima S ni. Tapi Suprima S takda enjin 1.3. Ini direka khas untuk jiwa muda dengan darah tengah panas nak berlumba di jalan raya. Haha!


Enjin baharu bang. takda dah Campro! VVT bang. Tapi fuel consumption agak kuat! Yang full spec kena beli enjin 1.6 bang. Ini amat mengecewakan. Kereta kecik macam ni pada aku cukuplah 1.3. Bukan untuk berlumba pun. Cuba bagi ada jugak 1.3 full spec untuk orang macam aku ni. Bukan jenis nak berlumba. Tapi nak pakai kereta ke tempat kerja dengan penjimatan minyak yang baik.
Namun aku sebagai peminat Perodua dan Toyota agak terpegun kali ini dengan keluaran Iriz ini. Cuma bab minyak tu yang hmm... Ya, kali ini betul-betul respek dengan produk Proton Iriz ini. Selepas Proton Suprima S yang berjaya mencuri perhatian aku, giliran Proton Iriz pula mengusik poketku! Aduh! Godaan!

No comments:

Post a Comment