Suka Jam
Blog ini khusus untuk memaparkan koleksi jam yang saya dapat dpd sahabat yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Ada jam yang untuk preview, dan ada yang untuk dijual. Jika berminat jangan segan silu untuk hubungi saya. Call/sms: 013-8489441 e-mail: rizal_rejli@yahoo.com
Thursday, November 15, 2018
Thursday, March 30, 2017
Seiko Samurai
Ada yang menggelarkan Seiko Samurai baharu ini sebagai "Blue Lagoon".. Tapi aku tetap nak sebut Samurai juga sebab bentuk dia memang bentuk Seiko Samurai yang dikeluarkan semula selepas era kegemilangannya. Keluaran yang dihentikan pada tahun 2004 dahulu ada yang mencecah USD2000 dalam website bidaan. Wow! Memang legend lah Seiko Samurai ni! Yang ini dalam harga RM1800-RM2200. Masih dalam mampu milik lagi! Cepat dapatkan edisi Samurai kali ini sebelum dihentikan keluarannya..
Thursday, October 27, 2016
Enjin Turbo CFE milik Proton
CFE ialah ringkasan kepada Charged Fuel Efficiency. Secara ringkasnya, enjin CFE ini memberikan tenaga seperti sebuah enjin 2.0 liter ketika diperlukan tetapi memberikan pulangan penggunaan minyak yang baik di dalam keadaan pemanduan santai, seperti memandu di lebuhraya, ketika melahu atau ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.
Enjin 1.6 liter Campro CFE dibina berdasarkan enjin Campro tetapi dengan peratusan besar pembaharuan yang terdiri dari komponen unik kepada enjin CFE sahaja. Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada rekabentuk baru.
CFE sebenarnya berfungsi di atas dasar mampatan paksaan (forced induction). Ia menggunakan daya gas ekzos berkelajuan tinggi untuk memusingkan pemampat yang akan kemudian memaksa lebih banyak udara luar masuk ke dalam kebuk pembakaran.
Udara tambahan itu akan dibekalkan dengan bahan api yang secukupnya untuk menjana lebih banyak tenaga. Hasilnya, enjin 1.6 liter Campro CFE mampu memberikan kuasa kuda seperti sebuah enjin 2.0 liter tanpa sistem mampatan paksaan.
Kelebihan enjin 1.6 liter Campro CFE ini ialah sistem pemampat hanya beroperasi selepas 2,000 RPM. Bila enjin bergerak di bawah paras tersebut, penggunaan bahan bakar akan menjadi lebih rendah dari enjin 2.0 liter.
Low Pressure Turbo atau LPT menggunakan turbin yang kecil dan mampu beroperasi dengan halaju gas ekzos yang rendah (RPM enjin rendah). Oleh kerana itu, ia menghasilkan pemampatan (boost) yang rendah.
High Pressure Turbo pula memerlukan halaju gas ekzos yang lebih tinggi kerana turbin yang lebih besar. Hasilnya, mampatan yang lebih tinggi.
Enjin CFE menggunakan LPT kerana fokus lebih kepada daya kilas yang tinggi pada RPM yang rendah (low end torque). Ini akan membantu dari segi pecutan yang lebih mantap dan penggunaan minyak yang lebih rendah.
Enjin 1.6 liter Campro CFE menggunakan teknologi injap VVT untuk mengoptimakan laluan udara segar ke dalam enjin pada RPM rendah dan tinggi. VVT juga membantu mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan pencemaran udara kerana pembakaran adalah lebih lengkap.
Cara terbaik ialah mengekalkan kelajuan putaran enjin di bawah paras 2,000 RPM agar sistem mampatan paksaan tidak beroperasi.
Namun dalam keadaan di mana tenaga diperlukan, pendikit perlu ditekan rapat ke lantai supaya sistem transmisi CVT boleh menurunkan nisbahnya agar enjin beroperasi pada 5,500 RPM untuk kuasa maksimum. Penggunaan LPT membantu enjin 1.6 liter Campro CFE ini untuk beroperasi selancar enjin N/A (tanpa sistem mampatan paksaan).
Sistem VVTI, VTEC, MIVEC dan DVVT adalah sistem-sistem teknlogi injap yang membantu pernafasan enjin pada RPM rendah atau tinggi. Enjin 1.6 liter Campro CFE menggabungkan teknologi injap VVT dan sistem mampatan paksaan untuk prestasi enjin yang baik pada sebarang kelajuan enjin.
Seperti enjin lain, enjin 1.6 liter Campro CFE memerlukan penyelenggaraan seperti yang disarankan di dalam Buku Panduan Pemilik (Owner’s Manual) dan Buku Servis Berkala (Periodic Maintenance Book). Dengan penjagaan rapi, enjin CFE ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah dan kos penyelenggaran direka agar tidak begitu berbeza dengan enjin Campro biasa.
Sunday, October 16, 2016
Monday, August 29, 2016
Proton Persona 2016
Proton Persona 2016. Tampil bergaya, perubahan 100% dari generasi sebelumnya.
Seperti Proton Iriz, lampu depan terdapat cetakan Proton.
Enjin Campro VVT 1.6 yang menjana 107 hp dan 150nm Torque. Dilengkapi dengan 5 kelajuan manual dan CVT dari Punch Powertrain.
Interior sama seperti Proton Iriz.Boleh dikatakan Iriz versi sedan. Tetapi Proton memilih nama Persona kerana rekod yang baik sebelum ini. bagus juga. nanti terdapat perbandingan dan penambahbaikan dengan model persona generasi sebelumnya. Jika Iriz Sedan digunakan, maka tiada perbandingan yang jelas kerana model terbaru.
Tiada jahitan benang putih seperti Proton Iriz pada seat.
Kusyen yang empuk. Ada yang suka kusyen empuk, ada pula yang tak suka.
Cuma secara visualnya, roda belakang nampak kecil walaupun telah dipasang dengan rim 15 inci. Mungkin silap mata digunakan di situ. Entahlah.. Pada saya, Proton Iriz masih lagi memberikan spesifikasi yang terbaik. Kerana Proton Iriz memiliki day time running light (DRL), perehat kepala (head rest) yang boleh laras di kerusi belakangnya, lampu utama jenis projekor dan jahitan benang putih pada seat kulit. Proton Persona 2016 ini kurang empat benda tersebut.
Oh! ya, mana boleh bandingkan sedan dan hatchback.. lupa pula.. Tetapi kereta Proton semua berat-berat ye? yang ini 1,210kg. Rata-rata kereta sedan segmen B ni dalam lingkungan 1,050kg-1,150kg sahaja. yang ini juga menyumbang mengapa Proton sukar mencapai kereta bertaraf EEV. Apa-apa pun, usaha yang baik.
Oh! ya, mana boleh bandingkan sedan dan hatchback.. lupa pula.. Tetapi kereta Proton semua berat-berat ye? yang ini 1,210kg. Rata-rata kereta sedan segmen B ni dalam lingkungan 1,050kg-1,150kg sahaja. yang ini juga menyumbang mengapa Proton sukar mencapai kereta bertaraf EEV. Apa-apa pun, usaha yang baik.
Monday, August 15, 2016
EDOX Sauber F1
Kerjasama Edox & Sauber
Terhad hanya 555 unit sahaja di seluruh dunia.
Kalis air 100m
Tahan G-Force/Ambil selekoh seperti F1 (kalau kita tak perlu sangat kot kalau nak ambil selekoh secara extreme)
Tuesday, July 19, 2016
Perodua Bezza 2016
Perodua Bezza yang bakal dilancarkan pada hari khamis ini 21 Julai 2016. Sedan yang pertama dari Perodua dan berkonsepkan EEV (Kenderaan Cekap Tenaga). Mempunyai tiga varian iaitu Standard, Premium & Advanced. Mempunyai dua pilihan enjin 1.0L dan 1.3L.
Didatangkan juga dengan pakej Gear Up untuk upgrade kereta kepada lebih sporty.
Brosur Perodua Bezza. harga dalam lingkungan RM37,000-RM51,000 mengikut varian.
Walaupun bukan pesaing kepada Perodua Bezza, Proton Persona baharu 2016 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi juga memberikan pilihan kepada yang inginkan prestasi yang lebih baik dan selesa.
Lebih dikenali sebagai Proton "Iriz Sedan". Harga kemungkinan dalam segmen B tempatan RM52,000-RM62,000 dengan enjin 1.6 VVT.
Inginkan kenderaan yang ekonomi dan kos penyelenggaran yang rendah serta tidak memerlukan prestasi enjin yang kuat, Perodua Bezza ialah pilihannya. Namun jika pelanggan inginkan kenderaan yang mempunyai prestasi enjin yang berkuasa dan selesa, Proton Persona adalah pilihannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)